WANITA UMNO PERLU PILIH MUKA BARU TERAJUI SAYAP WANITA PARTI ITU- KISAH LEMBU YANG MERUGIKAN NEGARA BELUM LAGI DILUPAKAN.

 

Umno tak pernah mahu berubah jika Shahrizat terpilih jadi ketua, kata penganalisis.



PETALING JAYA: Umno akan menghampakan ikrar perubahan yang diuar-uarkan selama ini sekiranya Shahrizat Abdul Jalil terpilih sebagai ketua pada pemilihan akan datang, malah akan dianggap tidak pernah mahu berubah.

Penganalisis politik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, memilih Shahrizat akan memberi isyarat kepada masyarakat bahawa Umno “tidak pernah mahu berubah”.

Tegasnya, Umno dalam keadaan ia memerlukan nafas baharu tidak perlukan ‘orang lama’ untuk kembali lantang.

“Jika lebih ramai orang lama menawarkan diri sebagai calon dan kalaulah orang lama juga menang dalam jawatan penting, maka persepsinya Umno tak mahu berubah dan ini akan memberikan persepsi negatif kepada pengundi di luar,” katanya kepada FMT.


No comments: