ALANG ALANG WALAUN FITNAH BERKENAAN . INI ADALAH GAMBAR KETIKA DI QATAR

 

Alang-alang Walaun tularkan gambar makan besar Februari 2019.

Saya kongsikan semula beberapa gambar DS Anwar bersama pimpinan dunia Islam yang ada di Qatar waktu itu antaranya Rachid Ghanoushi, Khalid Meshal dan Ahmet Davotoglu. Turut hadir dan saya ambil peluang bergambar ialah Sheikh Ali al-Qaradaghi.

Kami turut menjadi tamu Emir dan PM Qatar.

Peluang seumur hidup menziarahi (almarhum) Sheikh Yusof al-Qaradhawi dan (almarhum) Sheikh Abbas Madani.

Menjadi budaya Arab selepas menjamu tetamu mereka akan menjamu keluarga dan pembantu pula. Dalam kes kami, selepas selesai makan, ada lebih kurang 40 lagi pembantu tuan rumah, sahabat DS Anwar yang datang makan.

Alhamdulillah kami tertib makan dalam pinggan. Lebih sedap berbanding makan fitnah.

Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Lawatan ini satunya kesempatan saya bergambar dengan arwah Pak Rahman, mantan ahli Parlimen Kemaman.












Walaun dan fitnah berpisah tiada. KPI mereka ialah sama ada sudah cukup jumlah untuk fitnah ke belum hari ini.



AMIN AHMAD