Kelakar sangat baca statement lebai ni. Kenapa kelakar? Sebab
kerajaan ni baru 2 bulan. Memang tak nampak lagi impak. Sama ada impak yang
baik mahupun yang buruk.
Kalau sampai rakyat terpaksa buat dua kerja, itu sebenarnya
bukanlah salah kerajaan yang baru dua bulan. Itu menunjukkan yang masalah ini
dah lama. Sejak dari kerajaan sebelum ini.
Simpati cara lebai berpolitik. Tak berpaksi kepada alam nyata.
Kritik tanpa data dan fakta. Lebih buruk lagi tanpa berfikir. Dia tak nampak
kritikan dia boleh tikam dia semula.
Masalah kenaikan harga barang dan kos sara hidup meningkat ni
bukan benda baru. Masa PAS dalam kerajaan lagi. Sebab tu boleh jumpa
komen-komen tak cerdik pemimpin PAS.
Ada yang kata bukan masalah besar, ada yang kata tak
membebankan, ada yang suruh tanam padi atas bumbung, yang suruh setiap rumah
pelihara ayam, kurangkan makan telur.
Malah Hadi sendiri kata ini sebab inflasi dunia. Tak boleh
salahkan kerajaan. Tapi sekarang, dia tala semua kesalahan pada kerajaan.
Sedangkan kini keadaan dah bertambah baik.
Macam semua komen tu dia dah simpan lama. Tapi nak luahkan
sebelum ini tak termampu sebab parti dia dalam kerajaan. Jadi bila dah tukar
kerajaan, dia lepaskan kaw-kaw.
Ibarat orang tahan kentut dalam kereta depan awek. Lepas awek
dia turun je, terus lepaskan. Fuh! Lega! Macam tu gaya lebai sekarang. Tak
sedar dia yang cium sendiri bau kentut tu.
Harga ayam, telur dan minyak masak dah semakin pulih. Harga
sayur baru naik, kemungkinan besar sebab monsun - banyak ladang rosak, tapi
menteri dan mula gerakkan agensi.
Banjir baru-baru ni pun, pengurusan licin. Kita tak dengar kisah
macam tahun sebelum sebelum ini yang ramai tercicir tak dapat bantuan.dan
sekarang ada Menu Rahmah pula. Kerajaan Perpaduan ini lebih cakna hal rakyat.
Tengok ikut mana pun, nampak sangat kerajaan yang baru berusia
dua bulan lebih ini lebih cekap. Lebai pusing ikut mana pun isu, rakyat yang
cerdik boleh buat perbandingan.
Diharap lebai lebih berhati-hati nak kupas isu lepas ni. Elakkan
cerita masalah ekonomi sebab rakyat tahu culprit yang sebabkan ekonomi teruk
dan kos sara hidup meningkat adalah PN sendiri, iaitu PAS dan Bersatu. Guane
boh?