TUGAS SAYA UNTUK MENTADBIR DENGAN BAIK. SAMA ADA MENYOKONG ATAU TIDAK ITU SAYA TIDAK PEDULI KERANA AKHIRNYA RAKYAT YANG AKAN MEMILIH.

 



IBRAHIM MAT ISA.


Ungkapan DSAI di dalam setiap ceramahnya selalu sebut: Anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Iban, Kadazan-Dusun Dayak anak saya! Semua bermaksud, apabila beliau menjadi pemimpin tertinggi negara, semua rakyat  dilayan sebaik mungkin tak kira penyokong atau pembenci.


Justeru mangsa banjir di negeri yang mempertikaikan apa sahaja mengenai DSAI tetap dibantu atas keperihatinan kerajaan perpaduan. 


Gagalnya pembenci DSAI ialah untuk memahami konsep kepimpinan cara Anwar Ibrahim. Mereka tidak mengenali beliau secara tuntas sejak penglibatan beliau sebagai aktivis rakyat miskin sehingga memasuki politik dan merasai sepak terajang yang meletihkan. 


Walaupun kini DSAI sudah jadi pemimpin nombor satu, mereka tidak akan pernah iktiraf kalau yang memimpin bukan dari kalangan mereka. Waima pemimpin zalim atau tunggul mati pun mereka terus agung-agungkan.


Tapi aku tetap percaya bahawa suatu hari nanti, rakyat yang termakan dengan fitnah dari pemimpin mereka kononnya DSAI jahat, promoter LGBT, agen Israel, makan duit, barua DAP dan berpuluh fitnah yang tak masuk akal akan kembali menyesal dan taubat.


Kita harapkan gitu!