Owh... Mungkin ini yang mereka katakan strategi. Enggan mengundi jadi hanya undi suara dijalankan. Dengan itu, jumlah sebenar yang menyokong DS Anwar tetap tak diketahui.
Tapi untuk apa? Masih ada cita-cita nak tebuk atap sekali lagi ke?
Sebenarnya tak ada beza pun. Walaupun sokongan terhadap DS Anwar bukan dalam bentuk nombor waktu undi percaya, tapi telah dapat kita lihat waktu undian speaker dan timbalan.
Itu pun sudah cukup gambarkan jumlah sokongan terhadap kerajaan perpaduan ini berbanding calon speaker PN yang hanya mendapat 74 undi.
Hari pertama sidang menyaksikan beberapa ahli dewan yang bangga mempamerkan sikap huduh mereka. Harapnya hari ini sajalah yang begitu. Hari mendatang akan lebih beradab.
Kerajaan atau pembangkang, rakyat dah pilih kamu sebagai wakil. Dan kamu dipilih bukan untuk tunjuk sifat bodoh ketika berbahas. Kamu dipilih kerana pengundi percaya kebolehan kamu.
Jadi, buatlah kerja! Simpan perangai buruk tu!
Apa pun, tahniah buat PM, YAB DS Anwar Ibrahim kerana berjaya membuktikan tanpa SD dan tanpa scheme of things, masih tetap mampu membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.
Sesungguhnya inilah kerajaan paling saksama yang kita pernah saksikan. Ada PH yang mewakili rakyat berbilang kaum, ada UMNO wakil Melayu, ada GPS mewakili Sarawak dan GRS serta Warisan mewakili Sabah. Cukup semua komposisi.
Diharap kerajaan yang terbentuk ini dapat jalankan amanah dengan penuh integriti dan diharap juga anasir-anasir jahat yang cuba rosakkan perpaduan ini dapat disingkirkan. Guane boh?
Raja Gelap
.