Ringgit naik, pasaran saham kukuh selepas Anwar PM
Hanya beberapa jam selepas pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke 10 nilai mawatang ringgit yang berlegar sekitar RM4.60 untuk AS$1 (USD) hari ini meningkat kepada RM4.495 per AS$ 1.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, pasaran saham juga ditutup kukuh pada sesi dagangan petang ini.
“Nilai matawang Ringgit naik ke RM4.495 berbanding USD, tertinggi sejak 6 Sep 2022.
“FMB KLCI pada paras 1,501.88, tertinggi sejak 22 Ogos 2022
“Petanda keyakinan kembali
“InshaAllah berkat doa dan usaha, things will get better,” katanya di twitter.