Perikatan Nasional kekal jadi semak dan imbang kepada kerajaan: Muhyiddin
4 jam lalu · PolitikTan Sri Muhyiddin Yassin
menyatakan pendirian Perikatan Nasional (PN) akan menjadi semak dan imbang
kepada kerajaan yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengerusi
PN tersebut juga merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri baharu, Datuk
Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya dan menyatakan pendirian untuk memainkan
peranan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan yang dibentuk ketika ini.
“Saya
ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah
dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana
Menteri Malaysia Ke-10.
“Dengan
Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan, Perikatan Nasional akan
memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara
rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen,” katanya dalam satu
kenyataan ringkas hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin
berkata PN akan meneruskan perjuangan mereka dalam memastikan nasib rakyat
terbela dan memastikan kerajaan yang ditadbir berintegriti sebagai pemantau.
“Bergerak
ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara berpandukan prinsip ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’,” ujarnya
lagi.