PEMILIK AKAUN TWITTER ZULFADZLI@BUMILANGIT DITAHAN – BUKIT AMAN


INI ADALAH BEBERAPA AKAUN YANG DIKESAN. HARAP PDRM SEGERA TAHAN PENAMA DAN PEMILIK ACC TERSEBUT #PDRM.






Kuala Lumpur, 24 November 2022 -  Pemilik akaun Twitter menggunakan nama Zulfadzli@bumilangit yang memuat naik video mengandungi unsur perkauman di media sosial ditahan polis, hari ini.


Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.


“Lelaki itu direman bermula hari ini hingga 26 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Baru-baru ini pemilik akaun Twitter tersebut difahamkan memuat naik video TikTok yang tular yang menjurus kepada unsur perkauman sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum.


Sumber: BERNAMA



No comments: