Undi Percaya kepada kerajaan perpaduan 19 Disember




 Perdana Menteri Malaysia yang baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaanya akan membuktikan majoriti yang dimiliki secara mengikut peraturan Perlembagaan Persekutuan yang sah, iaitu melalui Undi Percaya di Dewan Rakyat.


Dalam berkata demikian dalam ucapan sulungnya di Kajang dalam menjawab serangan Pengerusi PN Tan Sri Mahiaddin Yassin, bahawa perikatan itu memiliki majoriti mudah dan mempertikaikan perlantikan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan agong.


"Saya bersedia menerima penyertaan (parti) yang lain termasuk dari PN, walaupun kenyataan pengerusinya dari awal tidak memberansangkan. Juga mempertikaikan keabsahan kita.


"Saya nyatakan di sini kita telah tetapkan sidang parlimen pada 19 Disember ini dan usul pertama selain angkat sumpah (ahli parlimen) adalah usul dari kerajaan Undi Percaya di Parlimen.


"Bagi saya tidak timbul tentang keabsahan yang ada," katanya.


Sebelum ini, dalam sidang medianya, Mahiaddin berkata pihak beliau mempunyai 113 Akuan Berkanun (SD) yang lebih daripada nilai ambang majoriti diperlukan untuk membentuk kerajaan.


Bagaimanapun, banyak penganalisis politik tidak faham strategi politik apakah yang sedang dimainkan Mahiaddin kerana pelantikan kerajaan berasaskan SD tidak lagi terpakai setelah Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti diluluskan di Parlimen dan mula dikuatkuasakan pada Oktober lalu.

No comments: