Ringgit menyusut lagi, dibuka rendah paras RM4.70

 




Nilai mata wang ringgit dibuka rendah pada pagi Rabu mengekalkan tren penurunan sekitar paras RM4.70 berbanding dolar.

Semasa awal dagangan pagi ini, ringgit dibuka rendah RM4.7160/7200 berbanding penutupan semalam RM4.7145/7165 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Kejatuhan tersebut adalah sebanyak 15 mata asas.

Menurut laporan Bernama, kegiatan pengambilan untung sederhana yang didorong oleh rasa bimbang terhadap tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengetatkan dasar monetari dengan lebih agresif menyaksikan nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS pagi ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.3479/3525 daripada 5.3118/3141 pada penutup Selasa, lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.3218/3251 daripada 3.3168/3184 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.6504/6544 daripada 4.6372/6391 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1611/1642 daripada 3.1630/1646 pada penutup semalam.

No comments: