BIASA LA...SEMUA NAK TUNGGANG..UMNO PUN DEPA NAK TAPAW...KAH..KAH

 

Jika Umno ‘keruh’, kenapa lulus usul kerjasama, Puad tanya Hadi.




Puad Zarkashi menyifatkan komen Abdul Hadi Awang terhadap Umno
 ‘keras’.

PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno mempersoalkan keputusan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang ragu-ragu dengan integriti ahli Umno, tetapi menyokong usul kerjasama dengan parti itu dalam Muktamar PAS awal bulan lalu.

Puad Zarkashi merujuk keputusan PAS baru-baru ini memilih untuk bersama Perikatan Nasional berbanding menjalin kerjasama dengan BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Jumaat lalu, Hadi dilaporkan mendakwa ada pemimpin Umno yang rakus mahu memerintah negara dan menerima rasuah antara punca PAS menangguhkan hasrat bekerjasama dengan parti itu bagi membolehkan Umno dan Barisan Nasional menjernihkan kekeruhan itu.

Ahli Parlimen Marang itu turut membuat perumpamaan kerjasama PAS dengan Umno dan BN seperti makan “durian mentah” yang boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit perut.

Puad menyifatkan komen Hadi itu “keras”.

“Apa pula komen Hadi terhadap Bersatu? Bukankah Bersatu banyak katak?

“Kalau Umno keruh, kenapa Muktamar PAS lulus usul untuk bekerjasama dengan Umno? Ustaz Hadi sendiri yang bangun menyokong,” katanya di Facebook.

Pada 2 Okt, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan tiga tuntutan kepada PAS sebelum kembali menjalin kerjasama politik, iaitu PAS mesti keluar PN, memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi parti itu “mufarakah” (berpisah) 100% daripada PN dan Bersatu.

No comments: