HADIRLAH BERAMAI-RAMAI KE KONVENSYEN PH DI IPOH ESOK

 

Saya menyeru semua ahli parti dalam komponen PH supaya datanglah beramai-ramai ke Konvensyen Nasional Pakatan Harapan yang akan berlangsung pada 20hb Oktober ini di Ipoh Convention Centre, Ipoh Perak.

Sebagai tuan rumah kepada konvensyen kali ini, PH Perak mengalu-alukan seluruh perwakilan dari pelusok negara yang akan tiba di Ipoh esok untuk mendengar pesanan dan amanat penting Pengerusi PH Nasional iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai persediaan PRU yang akan berlansung tak berapa lama lagi.

Konvensyen ini penting kerana ia dilakari dengan suasana politik yang tidak stabil pasca Langkah Sheraton untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang bermandat. Beberapa pengumuman penting akan dibuat antara lainnya ialah Calon PH untuk jawatan Perdana Menteri, Pengagihan Kerusi yang telah dimuktamadkan serta Lagu Tema dan Manifesto PH untuk rakyat Malaysia.

Saya ingatkan kepada seluruh perwakilan supaya mematuhi dan merujuk semua arahan parti masing-masing yang disediakan oleh pihak sekretariat dan menjaga keselamatan supaya majlis berjalan lancar.

Selamat Berkonvensyen

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Pengerusi PH Negeri Perak Darul Ridzwan

19/10/22



No comments: