Serangan Pas tanpa henti terhadap PH tanda terdesak hadapi PRU 15


Pas terdesak untuk kekal relevan di arena politik Malaysia dengan menyerang Pakatan Harapan (PH) secara bertalu talu.


Hal itu dibangkitkan oleh KEADILAN Kemaman, Terengganu.


Menurut Kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan Cabang Kemaman, Pas yang dibelit isu kegagalan menunaikan janji manifesto biar pun telah 3 tahun memerintah Kerajaan Persekutuan amat faham tidak balas pengundi ke atas mereka pada Pilihan Raya Umum ke 15.


Manakala musuh tradisinya Umno kini telah menjadi 'rakan selingkuh', maka PH adalah sasaran baharu demi mengekalkan sokongan.


"Serangan bertali arus pimpinan Pas dari pelbagai peringkat terhadap PH akhir-akhir ini membuktikan Pas berada dalam keadaan terdesak dan muflis idea untuk menarik sokongan pengundi menjelang PRU 15


"Pelbagai siri fitnah dan pembohongan dilemparkan kepada pimpanan PH. Dalam masa yang sama siri-siri kegagalan Pas dalam membela rakyat disenyapkan oleh ahli Pas sendiri," kata kenyataan itu.


Menurut KEADILAN Kemaman lagi, Pas juga mahu menutup isu kegagalan menyaman pengasas laman web Sarawak Report di United Kingdom yang memakan diri mereka.


Namun taktik memfitnah PH kata KEADILAN kemaman menunjukkan bahawa parti itu lebih menjijikkan berbanding parti sekular biar pun dianggotai pada ustaz dan ulama.


"Taktik politik murahan dan tidak beretika seperti ini menjijikan bagi sebuah parti yang sentiasa mencanangkan Islam sebagai panduan mereka dalam berpolitik.


"PH harus tegas dalam menghadapi serangan fitnah bertalu-talu daripada parti Pas. Rakyat wajib menolak Pas pada PRU 15 bagi membendung budaya takfir dan ekstrimis agama daripada terus merebak," kata kenyataan itu.

No comments: