To be honest,saya OK sahaja dengan konsert yang berlaku pada beberapa hari lepas. Lagipun,jantina diasingkan dan semua wajib menutup aurat. Katanya,kedai tudung berhampiran buat duit kaw-kaw.
Tapi, alasan oleh Menteri dan YB sebegini adalah TERSANGAT tidak cerdik. Berapa kerat sahaja konsert yang berlaku di Malaysia adalah anjuran Kerajaan Negeri?
Yang kedua,untuk makluman anda,Kerajaan Negeri Kelantan TERSANGAT tegas dalam isu hiburan . Bayangkan,kalau di dalam event anda,ada persembahan yang bercampur lelaki dan perempuan, walaupun kanak-kanak,event anda tidak akan dapat lesen dan tidak akan diluluskan. Pelik bila event dalam skala besar sebegini diluluskan dengan baik.
Dan yang ketiga,kalau konsert sebesar ini diluluskan, boleh-lah
buka pawagam di Kelantan. Jangan-lah Pemuda PAS sahaja boleh tonton wayang di
KL,orang Kelantan pun nak juga