DULUAN
Dalam undang2, prinsip duluan atau omputih cakap “precedent” ni
sangat penting. Setiap lawyer dan hakim kena pakai prinsip ni. Nak berhujah
atau buat keputusan kena ikut nas undang2 kes terdahulu. Tak boleh petik dari
bintang saja atau ikut kapla lutut.
Ini dalam bahasa latin digelar doktrin “Stare Decisis”. Kalau
orang kampung tuan puan tanya, boleh la guna. Ada la style sikit sembang isu
undang2. Sama2 kita bantu bagi kefahaman.
Prinsip duluan ni bukan saja terpakai dalam undang2. Dalam
politik pun diguna. Banyak precedent/ duluan yang saya rasa mencorak dunia
politik negara.
Satunya, kita dapat Perdana Menteri tertua yang pernah ada.
Nonagenarian, umur hampir seratus tahun. Ini akan tetapkan duluan. Lepas ni
umur nak jadi PM dilanjutkan kepada 90 tahun. Makanya ada la yang 70 dan 80
tahun pun masih bercita2 besar nak jadi PM. Penat kita tengokkan.
Lagi satu duluan, pemimpin banduan yang dapat pengampunan. Kalau
sorang dapat, surely yang lain juga nak. Tambah kalau sorang ni dapat jadi PM
selepas ni. Pemimpin banduan yang lain pun akan nak benda sama. Keluar penjara
nanti terus nak panjat Putrajaya. Tak ke haru jadinya.
Selain daripada itu, ada juga pemimpin dulu yang tak habiskan
masa di penjara. 1/3 masa dihabiskan di hospital dan Pusat Rehabilitasi Cheras.
Makanya pemimpin banduan lain juga akan demand. Kita nak cakap apa, dah ada
duluan.
Tu sebab saya selalu promosikan we have to do away with pemimpin
dinasour. Must do away with those yang dah jadi PM. Takkan la nak jadi PM lagi
sekali.
Sengkek sgtkah Malaysia ini dengan pemimpin. Takkan takde orang
lain? Tak kira la yang nak jadi PM lagi sekali tu dari PH, BN atau PN.
Bila bab nak lantik PM, pada saya dah tak perlu lah lagi ikut
duluan. Kalau Malaysia nak berubah, kena bertindak di luar kotak.
1. PM pun max 70 tahun. Menteri kena bawah 60 tahun. Yang lanjut
umur 80 dan 90 tu jadi la Menteri Tepi. Buat Advisory saja untuk negara.
2. Do away with PM drpd kalangan lawyer dan doktor. Cari
engineer/ usahawan pula. Yang boleh buat turn around untuk negara. Refer apa
Jokowi buat. Dia usahawan.
Cer cuba langgar duluan this time. Moga2 Malaysia lebih ke
hadapan.
#manabaikkitasokong
#manasalahkitabantah
#golonganataspagar
Salam hormat,
Liyana Marzuki