AIHHH MASA MANA PUN TAK APA...PH SEDIA SAJA BILA BILA MASA-LAGI LAMA LAGI KUAT PH..MISI NAK TAWAN KELANTAN NI.

 

PAS akan cadang PRU15 tak dilaksana tahun ini, kata Idris





Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata parti itu tidak akan membubarkan DUN di Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga sekitar Mac 2023 apabila penggal tamat. (Gambar Bernsama)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata wakil parti yang berada dalam gabungan kerajaan akan mengutarakan pendapat supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak dilaksanakan tahun ini.

“Dalam suasana hari ini, tidak perlu lagilah mengadakan PRU15 terutamanya waktu (hampir musim) banjir, kita sudah tahu akan banjir dan ia akan menyukarkan dalam kalangan yang menguruskan pilihan raya itu nanti,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama dan Amanat Menteri.

Idris berkata, PAS tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga sekitar Mac 2023 apabila penggal DUN tamat.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata perkara berkaitan PRU15 akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini selain perkembangan ekonomi negara.

No comments: