INDIKATOR
Semalam saya up posting untuk betulkan propaganda 22 bulan.
Propaganda yang dibuat, ekonomi Malaysia jahanam ketika Tun M jadi PM7 dan PH
memerintah.
Untuk kepastian, saya sertakan data KDNK, KDNK per kapita, Rizab
Negara, Prestasi Pelaburan dan Eksport negara untuk tahun 2019. Data yang
diambil dari Bank Dunia, BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Konklusinya, sangatlah PROPA dan SALAH kalau dikatakan ekonomi
negara 22 bulan tu jahanam. Semua indikator ekonomi yang saya sebut di atas
naik. Tiada yang turun.
Malah 5/6 Indeks Antabangsa Malaysia pada zaman Pakatan Harapan
memerintah juga bertambah baik dari tahun2 sebelumnya. Ada yang terbaik dalam
masa 10 tahun.
Ramai yang setuju dan kongsi pendapat saya. Terima kasih jua.
Namun seperti biasa ada tak puas hati dan tak percaya. Katanya
ekonomi negara jahanam sebabnya Indeks Bursa Saham teruk masa tu.
Ya, memang betul Indeks Bursa Saham kita teruk. We must call
spade a spade. Saya pun tulis benda tu dalam posting saya semalam.
Kenapa? Kerana politik negara tak stabil. Dasar jimat cermat
Kerajaan PH pun buat pelabur asing potong stim. Makanya, kapitalis tarik
handbrake nak melabur.
Namun, nak katakan indikator capital market ni sajalah indikator
yang tunjukkan ekonomi negara jahanam, satu pandangan yang dangkal sekali.
Tambah kalau ada orang claim dia pakar ekonomi.
Ia berbentuk spekulatif dan kebaikannya kepada rakyat lambat
sampai.
Mengikut teori ekonomi, 3 indikator paling baik untuk
menunjukkan ekonomi sihat ialah GDP (KDNK), kadar inflasi, dan kadar
pengangguran. Kerana apa? Kerana indikator ini terus memberikan impak pada
rakyat.
Untuk tahun 2019, KDNK meningkat. Itu tak boleh disangkal.
Overall, ini menunjukkan ekonomi kita tak kebelakang.
Kadar inflasi tahun 2018 dan 2019 turun dengan signifikan. Ini
kejayaan paling utama Pakatan Harapan.
Mengikut Laporan BNM, faktor utama penurunan adalah kerana:
(I) penetapan harga minyak yang stabil oleh Kerajaan PH
(II) pertukaran dari GST ke SST
(III) kejayaan Kerajaan PH mengawal harga ketika musim perayaan.
Akibatnya, rakyat dapat harga barang lebih murah dalam masa 22
bulan. Ini pusing macam mana pun, data tak boleh disangkal.
Dari segi kadar pengganguran juga makin turun. Berbanding tahun
2016 dan 2017. Lebih banyak pekerjaan yang disediakan mengikut Laporan BNM.
Makanya, pada saya, walaupun Bursa Saham kita merosot, rakyat
kita lebih terjaga. Kerana harga barang lebih murah dan lebih banyak kerja.
Apa guna kapitalis dok main saham di atas, tapi golongan marhein
tertekan dengan barang harga naik dan pekerjaan kurang? Seperti sebelum 22
bulan. Baikkah ekonomi begitu?
Tambah pula, bila mereka memerintah semula Bursa Saham kita pun
tak baik mana. Antara terteruk di Asia juga.
Ringgit juga turut menjunam paling teruk prestasinya, dah sama
ketika Krisis Mata Wang 1998 dulu. Paling tak boleh blah, inflasi juga
meningkat dan tenaga kerja juga tiada.
Sehabis boleh ada lah kutu2 yang nak menidakkan fakta dan data
22 bulan ini. Di propagandakan seperti teruk sgt negara dijahanamkan. Walhal
data menunjukkan time mereka naik pula yang lagi teruk.
Tu sebab, kita jangan cepat sentap dengan propaganda. Kaji data
dan fakta yang ada…
Sesungguhnya, sekarang ada yang desperate nak kembali berkuasa.
Auta pun diguna…
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- Fakta di bawah diambil daripada Laporan Ekonomi dan Kewangan
BNM tahun 2019. Dan website Trending Economics. Bukan dari blog cap ayam.
https://www.bnm.gov.my/.../20124/2722983/emr2019_en_full.pdf