PIIHANRAYA AWAL- BULAN 10 UJUNG BULAN 10- SEBAB UMNO BAKAL MELINGKUP

 

Belanjawan 2023 diawalkan perkara biasa, kata PM




Ismail Sabri Yaakob berkata, pembentangan belanjawan pernah diawalkan pada September ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2023 lebih awal dari tarikh yang dijadual merupakan perkara biasa, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, keputusan sama pernah dibuat ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

“Perkara biasa (awalkan pembentangan belanjawan), dulu zaman Pak Lah (Abdullah Badawi) buat bulan September,” katanya ketika ditemui media selepas
merasmikan Karnival Usaha Niaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk, Kuala Lumpur.

Ismail berkata maklumat lebih lanjut berhubung keputusan kerajaan awalkan pembentangan Belanjawan 2023 akan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Terdahulu Berita Harian melaporkan Wan Junaidi mengesahkan Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini akan dibentang tiga minggu lebih awal.

Ia dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini, selepas diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, hari ini.

Mengikut takwim di laman web Parlimen, mesyuarat ketiga penggal kelima dijadualkan bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022.

Keputusan awalkan pembentangan belanjawan itu susulan desas-desus pembubaran Parlimen akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15.

No comments: