ALA ZAID ...KALAU DAH TAK BOLEH NAK JADI PEGUAMBELA ..AMBIK BUAT APA KES NAJIB.TUN RAZAK BUKAN CURI DUIT MACAM ANAK DIA...-KISAH ZAMAN ATOK JADI PM KALI KE 2 NI MEMANG MENJAHANAMKAN PH...ELOK DIA DISOAL...SEBAB VINCENT TAN TU KAWAN BAIK ATOK..

 

Kes Najib: Jangan jadi ‘hipokrit’, Zaid beritahu peguam negara



Zaid Ibrahim berkata wujud kepincangan nyata dalam sistem perundangan, yang perlu diperbaiki.

PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menyelar Peguam Negara Idrus Harun sebagai ‘hipokrit’ kerana enggan memberi sokongan untuk pasukan peguam Najib Razak diberi lebih masa untuk membentangkan pembelaan, sebaliknya, bersetuju supaya 14 ahli ‘geng Nicky’ dibebaskan mahkamah daripada tuduhan jenayah terancang.

“Kalau dia (geng Nicky) boleh dilepaskan Peguam Negara dengan satu surat (kepada Mahkamah Rayuan), apakah (peguam) bekas perdana menteri tidak boleh dapat dua bulan untuk beri hujah?

“Adakah Najib tidak boleh diberi peguam untuk membelanya dengan masa yang cukup?” kata Zaid menerusi video di Facebook.

Zaid turut memberi dua contoh lain membabitkan anak taikun perniagaan, Vincent Tan, dan syarikat Serba Dinamik di mana pertuduhan diringankan, sebagai contoh Jabatan Peguam Negara bertindak tidak adil terhadap Najib.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Kenapa (dalam kes Serba Dinamik) peguam negara boleh ‘turunkan’ kes daripada dihukum penjara sampai hanya kena denda…bukan dengan perbicaraan, (tetapi) hanya dengan representasi (peguam negara).

“Ini jelas campur tangan. Jadi janganlah ada ‘double standard’ kalau tak nak campur tangan. Ini jelas campur tangan yang saya sebut ini. Jangan jadi hipokrit,” kata Zaid, bekas pemimpin Umno yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bahru.

Zaid berkata apa yang diperjuangkan beliau ketika mewakili Najib di Mahkamah Persekutuan hanya lah pembelaan sama yang patut diberi kepada semua golongan rakyat, termasuk bekas perdana menteri itu, namun sebaliknya berlaku.

Pada 7 Julai lalu, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan 14 individu termasuk dua adik kepada ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai “Geng Nicky”, lima tahun lepas.

Panel tiga hakim sebulat suara membebaskan mereka selepas peguam Rajpal Singh yang mewakili 13 individu berkenaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi semua perayu supaya dibebas sepenuhnya daripada pertuduhan berkenaan.

Sebelum itu, Serba Dinamik dan empat pegawainya dituduh mengikut undang-undang pasaran modal, bagaimanapun, kes dikenakan ditarik balik peguam negara. Sebaliknya syarikat dan pegawai berkenaan dikenakan denda masing-masing RM3 juta oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Menurut peguam, Ezri Abdul Wahab, tindakan menarik semula kes berkenaan memberi gambaran wujudnya kelonggaran dan pendakwaan terpilih.

Sebelum itu, Tommy Thomas akur, semasa menjadi Peguam Negara, beliau bersetuju mengurangkan pertuduhan membabitkan penyalahgunaan dadah melibatkan anak Vincent Tan, namun menafikan berlaku sebarang unsur rasuah dalam mencapai keputusan itu.

Zaid menerusi videonya berkata apa yang jelas ialah wujud kepincangan nyata dalam sistem perundangan, yang perlu diperbaiki.

“Kalau anak Tun Razak tak boleh dapat proses perundangan yang adil, adakah kita, rakyat marhaen (boleh) mendapatkannya?” soal Zaid.

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dan mengesahkan pensabitan Najib atas tujuh tuduhan melibatkan penyelewengan dana RM42 juta SRC International.

Serentak dengan itu, Najib terus dibawa menjalani hukuman penjara 12 tahun. Mahkamah Persekutuan juga mengekalkan denda RM210 juta atas Najib.

Panel lima hakim menolak rayuan Najib setelah enggan memberikan lebih masa kepada Zaid dan pasukan peguamnya peguam lebih masa untuk menyediakan hujahan mereka.

Mereka memohon lebih masa kerana hanya dilantik kira-kira sebulan sebelum rayuan itu didengar.

Pendakwa ad hoc V Sithambaram tidak menyokong permintaan pasukan peguam Najib itu dan sebaliknya menyerahkan isu itu kepada budi bicara mahkamah.

No comments: