RODZIAH ISMAIL
Alhamdulillah, akhirnya keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 telah
dikeluarkan secara rasmi. Sehingga kini, begitulah bentuknya keputusan yang
dimuktamadkan.
Menang atau kalah, saya tetap terus berkhidmat kepada parti
seperti biasa. Saya doakan semua anggota dan kepimpinan baharu terus kekal
bertanggungjawab, amanah dan konsisten di mana sahaja kalian berada.
Ingat ya, jangan berhenti berusaha. Apa saja yang boleh dibuat,
kita tetap akan usahakan. #WanitaPerluLagi.
Biarpun Agenda Regenerasi Wanita KEADILAN tidak dapat dijelmakan
di peringkat Pusat dibawah Kepimpinan saya, namun ia tetap akan disuaikan pada
skala Cabang Shah Alam yang dipimpin saya dan perjuangan ini akan diteruskan
oleh 20 calon MPWP yang bersedia meneruskan agenda ini dan berikan peluang
kepada mereka dan saya bangga dalam masa yang singkat, 20 susuk pemimpin ini
dapat di lahirkan.
Sekarang, tanpa berdolak-dalih, kita bulatkan tekad menyusun
kekuatan parti menuju PRU15.