HANG SEMBANG APA NUSI. KALAU ARAHAN SETAHUN LEPAS TAK BERKESAN , MAKNA KAT APEMERINTAHAN HANAG MEMANG TAK BERKESAN LAH YA? SEMBANGGGG

 


Dakwaan kepala air kerana Musang King, Sanusi kata projek diarah henti Jul tahun lalu




Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, berkata pihaknya tidak berhasrat melindungi projek tanaman itu kerana ia dilaksanakan sebelum beliau menjadi menteri besar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor menepis dakwaan mempunyai kepentingan dalam projek tanaman Musang King di Gunung Inas, Baling, malah sudah mengarahkan projek itu dihentikan operasi, pada Jul tahun lalu.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan bahawa kerajaan negeri gagal bertindak dalam soal projek tanaman Musang King di Gunung Inas, sehingga menyebabkan musibah banjir dan kepala air melanda sehingga menjejaskan 12 kampung dan mengorbankan tiga nyawa.

Katanya, ketika mengambil alih jawatan menteri besar, projek tanaman itu sudah berjalan dengan pihaknya sudah memberi arahan menghentikan projek itu selepas dua bulan menerajui kerajaan negeri.

“Orang kata saya nak cover (lindungi projek) Musang King, jadi pi habaq (beritahu) tandak (takungan air) kampung (di gunung itu) pecah, tak betul tu (dakwaan projek Musang King jadi punca).

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Buat apa saya hendak cover (lindung) kerana Musang King itu ditanam sebelum zaman saya. Saya masuk (jadi menteri besar) pokok itu sudah ada.

“Saya ada fakta dan angka untuk adil kepada semua. Hendak lindung siapa? Kita akan selamat apabila kita pegang kepada fakta dan angka,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Mengulas lanjut, Sanusi yang juga ADUN Jeneri berkata, pihaknya tidak mahu menyalahkan sesiapa termasuk orang kampung yang memerlukan tandak untuk menyalurkan air ke rumah masing-masing.

Katanya, sekarang bukan masa untuk saling salah menyalahi satu sama lain dan beliau tidak berhasrat menggalakkan rakyat berbuat demikian.

“Adalah ahli politik yang bijaksana ini pun awal-awal lagi dia dah kelepiak (tepis) dah kan…menitik dua tiga air mata dia blah (pergi) selamatlah. Orang lain tanggunglah pulak.

“Saya kata jadi pemimpin, jadi kerajaan apabila saling salah-menyalahi, saya rasa masyarakat kita tidak akan ke mana. Jadi tidak bagus untuk benda itu,” katanya.

Sanusi menjelaskan, kerajaan negeri sangat komited dalam pemuliharaan hutan apabila jumlah hutan gantian sedia ada pada keluasan 22,000 hektar melepasi kadar 15,000 hektar ditetapkan.

Katanya, penanaman pokok durian pula hanya dibenarkan pada kadar 20% dalam kawasan ladang hutan sebelum ini.