KALAU TAK LULUS JADI PARLIMEN KATAK LA

 


Kelulusan RUU anti-lompat parti isyarat jelas politik matang, kata PM





Ismail Sabri Yaakob berkata RUU anti-lompat parti terhasil selepas pelbagai sesi libat urus, pandangan serta melalui Jawatankuasa Pilihan Khas. (Gamabr Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelulusan Rang Undang-undang (RUU) anti-lompat parti di Parlimen adalah isyarat jelas amalan politik matang dalam negara.

Katanya, RUU diluluskan itu penting bagi memastikan kestabilan politik berpanjangan.

“Hari ini, sejarah tercipta apabila pindaan RUU berkenaan peruntukan larangan ahli dewan rakyat bertukar parti, diluluskan di Dewan Rakyat dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.

“Ini adalah isyarat jelas bahawa ahli-ahli yang berhormat mengamalkan politik matang berteraskan semangat Keluarga Malaysia dengan meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dalam apa juga perancangan dan pelaksanaan,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Terdahulu, RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagi yang menyaksikan seramai 209 Ahli Parlimen yang hadir mengundi untuk menyokong, tiada yang menentang atau berkecuali, manakala 11 tidak hadir.

Ismail berkata, RUU itu terhasil selepas pelbagai sesi libat urus, pandangan serta melalui Jawatankuasa Pilihan Khas secara bi-partisan membabitkan wakil parti utama di Dewan Rakyat.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli-ahli yang berhormat sama ada daripada blok Kerajaan, pembangkang dan bebas yang melakar sejarah pada hari ini.

“Syabas kerana ahli-ahli yang berhormat yang berada di dalam dewan yang mulia telah menjalankan amanah rakyat melalui sistem demokrasi berparlimen,” katanya.

No comments: