SEMBANGGGG.....KAH..KAH....NAMPAK LEKEH SANGAT LA OTAK KEMETOT NIH...DULU BERAPI HANGPA LAWAN..JADI KERAJAAN KELUAR FATWA BARU...HANGPA TAU DAK PARTI PAS LA NI ORANG DOK BUAT MAIN MAIN ....LEKEH...

 

Sosma tidak bercanggah dengan Islam, tegas Khairuddin




Hak kebebasan individu dalam Islam tidak boleh bertembung dengan hak masyarakat, kata bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Khairuddin Aman Razali.

PETALING JAYA: Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Khairuddin Aman Razali tampil mempertahankan parti itu yang menyokong pelanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma selama lima tahun lagi.

Menurut Khairuddin, Sosma tidak bercanggah dengan Islam, apabila isu tahanan untuk siasatan masuk dalam kategori Siasah Syariah (tadbir urus), iaitu terserah kepada pemerintah berdasarkan kepentingan orang ramai.

Katanya, apabila berlaku kes yang mewajarkan siasatan oleh pemerintah, maka Islam memberi hak kepada kerajaan menahan tertuduh untuk siasatan.

Khairuddin mengulas kenyataan ADUN Permatang Pasir, Faiz Fadzil yang mengingatkan PAS bahawa Islam melarang umatnya daripada cenderung kepada perkara yang zalim.

Faiz merujuk tindakan PAS menyokong Sosma selama lima tahun lagi. Katanya, undang-undang itu bertentangan hak dan kebebasan individu.

Ketika sidang Dewan Rakyat 26 Julai lalu, pembangkang gagal dalam usaha menyekat usul berkenaan semasa undi belah bahagi, apabila 111 Ahli Parlimen mengundi menyokong, termasuk undi daripada wakil rakyat PAS. Sebanyak 88 mengundi menentang, manakala 21 lagi tidak hadir.

Sebelum ini, PAS lantang menentang undang-undang berkenaan.

Dengan lulusnya usul itu, Kementerian Dalam Negeri boleh melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) bermula 31 Julai ini.

Ia bagi membolehkan polis terus menggunakan kuasa khas di bawah subseksyen itu untuk melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditahan di bawah Sosma sehingga 28 hari.

No comments: