ELOK BATALKAN SAHAJA.....MOU TAK BERGUNA PUN

 

MoU masih berkuat kuasa atau sudah batal, soal Fahmi






Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, menurut MoU itu, selagi Parlimen belum dibubarkan, perjanjian sedia ada akan terus berkuatkuasa.

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mempersoalkan status memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) susulan pengumuman perdana menteri itu semalam bahawa perjanjian itu tidak akan disambung.

Menurutnya, Perkara 2.1 dalam MoU yang ditandatangani pada 13 September 2021 itu menyatakan ia hendaklah berkuatkuasa daripada tarikh perjanjian ditandatangani dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen semasa.

“Ini dengan jelas bermaksud MoU sedia ada ini kekal berkuatkuasa sehingga Parlimen dibubarkan.

“Bila Parlimen boleh dibubarkan? Selagimana Parlimen belum dibubarkan, MoU yang sedia ada ini akan terus berkuatkuasa,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ads by Kiosked

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan MoU antara kerajaan dan PH yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai, tidak akan disambung.

Ismail yang juga naib presiden Umno berkata gabungan pembangkang dimaklumkan tentang ketetapan partinya untuk tidak menyambung perjanjian yang dimeterai pada 13 September 2021 itu, dan kedua-dua pihak bersetuju “tidak perlu ada perjanjian baharu”.

“Tak penting sama ada MoU bertulis atau tidak, tapi yang lebih penting adalah kesefahaman untuk beberapa isu tertentu,” katanya kepada pemberita.

No comments: