1. Akhirnya apa yg saya sebut mengenai punca masalah air di
Kelantan sedikit terjawab : 'Masalah utama bekalan air di Kelantan bertitik
tolak daripada KELEMAHAN TADBIR URUS....'
2. Itu adalah sebahagian apa yg disebut sendiri oleh YB Menteri
Air dalam jawapan lisan kpd soalan lisan YB Nazmi, MP Setiawangsa di Dewan
Rakyat.
3. KELEMAHAN TADBIR URUS!
Itu lah sebab dan kisahnya.
Itu lah sebab saya memaksa diri menegur perjalanan Aksb semenjak
saya masih dalam Kerajaan Negeri.
Kemuncaknya adalah saya berhadapan dengan Dato Tuan Ibrahim
selaku Timbalan Presiden Pas yg mempengerusikan pertemuan saya dengan Dewan
Harian Pas Malaysia pada tahun 2015.
Namun, teguran saya bersama salinan dapatan audit ke atas Aksb,,
tidak pun diambil peduli.
Allah Maha Berkuasa.
Apa yg saya tegur dulu disahkan oleh YB Menteri sendiri tujuh
tahun kemudian.
4. APA PUNCA KELEMAHAN TADBIR URUS ITU?
Terus terang saya katakan, ia turut didalangi dan di lindungi
oleh Orang Politik.
Selagi Pemimpin sedemikian tidak dibersihkan, saya yakin masalah
Aksb tetap tidak akan berakhir.
5. Apa pun cadangan penyelesaian dan berapa pun bajet yg
diberikan, selagi semua cadangan dan bajet yg dipohon dibuat dalam kerangka
tujuan tersembunyi sedia ada, ia tidak banyak membantu Rakyat Kelantan mendapat
bekalan air
terbaik
dalam masa yg dekat.
6. Apa pun, terima kasih kpd YB Menteri Air yg akhirnya berani
menyerlahkan sedikit kebenaran.
7. Soalan saya pada Pak Menteri, apa tindakan ke atas semua
tingkat pengurusan Aksb itu sendiri yg dikenal pasti mengalami masalah
KELEMAHAN TADBIR URUS dengan makna yg luas itu?
Husam Musa
28 Julai 2022
Link :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=625949995563833&id=100044465135060