SAYA PILIH RAFIZI BUKAN SEBAB BENCI SAIFUDDIN

 

Kenapa saya pilih Rafizi tetapi berbeza isu khemah besar?

SAYA PILIH RAFIZI BUKAN SEBAB BENCI SAIFUDDIN

 

Masih ramai kawan2 bertanya kenapa saya memilih Rafizi tetapi tidak sependapat dgn isu khemah besar. Sebenarnya saya telah memberi penjelasan serba sedikit mengenainya. Saya pilih Rafizi kerana pilihannya ada dua… Rafizi atau Saifuddin.

 

Tetapi bukan bermakna saya pilih Rafizi saya benci Saifuddin. Saya adalah peminat Saifuddin dlm memberi hujah2nya dipentas ceramah. Bagi saya tugas Saifuddin sebagai Setiausaha Agung mesti dikekalkan. Saifuddin ada tempat di hati org2 Melayu semi bandar dan luar bandar.

 

Saya memilih Rafizi selepas melihat kegagalan PH terutama PKR dlm 4 PRN yg lalu. Saya kecewa seolah olah tiada ‘post morterm’ yg mempunyai fakta yg jelas dilakukan oleh parti. Semua main agak2 sahaja. Malah tiada blueprint yg dilakukan sebaliknya penuh dgn alasan demi alasan hinggalah 4 PRN PKR tewas teruk.

 

Semua tidak mahu mengaku kegagalan mereka. Ada berhujah kerana soal logo. Jika saya Presiden… jika logo menjadi salah satu faktor utama bermakna kita  yg gagal memberi penerangan atau buat kerja utk rakyat kenal. Bila guna logo sendiri sama sahaja kalah teruk. So logo sebenarnya bukan isu.

 

Bila saya komen isu penerangan gagal bukan bermakna saya benci Syamsul. Bagi saya Syamsul gagal di situ kerana mungkin latar belakang akademinya bukan sebagai org penerangan. Bukan juga bila saya kritik penerangan saya nak jawatan itu tetapi saya kritik sebab tak mahu PKR terus tenggelam.

 

Tak guna kita berlawan sesama sendiri. Jadi saya pilih Rafizi sebab dia ada strategi. Fokus menyerang Najib dan menarik pengundi atas pagar dan anak muda itu sgt tepat. Ia sama fikiran yg saya selalu sebut malah waktu di Bukit Gasing saya telah menyampaikan perkara yg sama.

 

Pelancaran ‘Ayuh Malaysia’ sgt baik sebagai satu bentuk kempen bersepadu dan fokus kpd kelompok pengundi atas pagar yg mereka mengundi berdasarkan isu2 semasa.

 

Kenapa saya tidak bersetuju dgn pandangan Rafizi tentang khemah besar? Strategi saya adalah lebih baik kita berunding walaupun berisiko. Risiko tetap ada samada dgn parti pembangkang yg lain mahupun komponen PH malah dari MP PKR sendiri. Ada jaminan DAP atau Amanah tidak akn khianati?

 

Malah sejarah membuktikan pengkhianatan dilakukan oleh Tim Presiden PKR sendiri dan Ketua Wanitanya. Kita menolak Mahathir tetapi kita perlu berunding dgn Bersatu dan PAS utk menidakkan kemenangan BN utk PRU15.

 

Bagi saya strategi Rafizi akn memakan sedikit masa. Biar 2 in 1… Rafizi fokus kpd pengundi atas pagar dan pengundi muda… manakala Anwar dan Saifuddin berunding utk kerjasama dgn pembangkang kecuali dgn parti Mahathir. Strategi ini diakui pemimpin2 UMNO jika kita bekerjasama BN akn tewas pada PRU15.

 

Bukan saya malas tetapi saya tidak mahu kesannya lebih besar kpd rakyat. Dlm keadaan BN belum sebagai kerajaan mutlak mereka sgt berkuasa apatah lagi bila mereka menjadi kerajaan.

 

Saya mahu kita kerjasama kerana saya tidak mahu Rafizi ke dlm penjara. Lihatlah apa terjadi kpdnya dan Anwar bila BN berkuasa. Anwar dan Rafizi diberi tekanan dan disekat dari bertanding dlm PRU14.

 

BN tahu gabungan Anwar dan Rafizi mampu menggugat mereka kerana keduanya adalah fighter. Jadi Anwar disumbatkan ke penjara dan Rafizi didakwa dgn pelbagai kes di mahkamah. Akhirnya suara mereka tidak kedengaran di Parlimen.

 

Dlm tempoh beberapa bulan ratusan billion wang rakyat dibelanjakan begitu sahaja, Najib sgt berleluasa, kes2 korupsi terlepas begitu sahaja dan bermacam mcm lagi … sanggupkah rakyat berdepan dgn 1,800 hari lagi? Belajarlah pengalaman ngeri kita di bawah BN.

 

Jadi pendirian saya adalah lebih baik kita mengambil risiko utk perancangan masa pendek daripada kita pastinya menjadi pembangkang utk 1,800 hari. Dlm tempoh 1,800 hari lagi jika kita menjadi sebahagian dari kerajaan… kita fokus utk kembalikan keyakinan rakyat terutama golongan pengundi atas pagar dan anak muda.

 

Rafizi boleh terus fokus menambat kenyakinan rakyat. Apatah bila jadi kerajaan Rafizi lebih mudah menggunakan media kerajaan utk menyampaikan mesej2nya.

 

Kita jgn ulangi kesilapan lalu iaitu tidak melayani isu popular rakyat. Bila kerajaan barulah kita kena mendidik perlahan lahan seperti kita menasihati anak2 kita.

 

Dlm agama pun Allah ajar kita melalui kisah Nabi Musa yg diminta bercakap lemah lembut dgn Firaun. Jgn ulangi kisah menghalang merokok di kedai makan hanya baru beberapa bulan menang PRU. Rakyat atau pengundi ini ibarat customer kita yg perlu dilayank dan dididik perlahan lahan.

 

Jadi jelas kenapa saya memilih Rafizi. Pertama saya tidak mahu Rafizi dipenjarakan dan kedua saya m mahu melihat ada keseimbangan kerana sebelum ini DS Anwar seperti lone ranger dlm berperang dgn lawan… menyeranglah dia, pertahankan diri bila diserang pun dia…mana pemimpin2 PKR yg lain?

 

Berbeza sedikit pandangan dgn Rafizi itu perkara biasa. Kita raikan perbezaan. Siapa menang atau kalah ia adat pertandingan asalkan kita sesama kita yg bencikan rasuah ini bermasam muka.

 

Jebat pernah berkata kpd Tuah, andai Tuah bersama dgnnya negeri Melaka akn ditawan. Jadi kita mahukan gabungan Anwar dan Rafizi akn menjadi parti kita lebih kuat tanpa menidakkan tokoh2 lain di dlm parti.

We are all Tuah & Jebat.

No comments: