Giliran Yi Wei-Zie Liang hadiahkan emas kedua Malaysia

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Kejayaan itu menyaksikan Yi Wei-Tze Liang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2019 di Filipina. (Gambar Bernama)

HANOI: Seperti dijangka, pasangan negara, Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang tidak berdepan masalah menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA ke-31 selepas mengungguli final acara 3m papan anjal seirama lelaki di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan Yi Wei-Tze Liang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2019 di Filipina.

Pada saingan hari ini, gandingan negara berjaya mengumpul 395.79 mata dalam enam terjunan untuk mengatasi pasangan tuan rumah, Nguyen Tung Duong-Phuong The Anh yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengutip 305.64 mata.

Tiada pemenang pingat gangsa apabila hanya dua negara bertanding dalam acara itu.

Pingat emas dimenangi Yi Wei-Tze Liang adalah emas kedua Malaysia pada temasya sukan dwitahunan itu berikutan kejayaan penerjun Nur Dhabitah Sabri merangkul emas acara 1m papan anjal individu wanita pada satu lagi final hari ini.

Esok, Tze Liang akan meneruskan cabaran kem terjun negara apabila bakal turun beraksi dalam acara 1m papan anjal individu lelaki di venue sama.

Sukan SEA ke-31 dijadual bermula dari 12 hingga 23 Mei ini dengan beberapa jenis sukan antaranya bola sepak dan terjun memulakan saingan lebih awal.


No comments: