Loji Kg Telok Gagal - Apa Punca?

 Loji Kg Telok Gagal - Apa Punca?



(Siri II - AIR GAGAL - MB Kelantan Sedia Letak Jawatan?)


MB kata GAGAL. Menteri Air pun kata GAGAL. (Rujuk link saya sertakan semalam).


TMB ada buat posting khas terangkan kehebatan Loji Air Kg Telok pada 8 April 2021. Sehari sebelum beliau melawat loji ini. 


Dalam posting itu, beliau berjanji akan menulis siri seterusnya mengenai loji Kg Telok yg siapnya sangat dinanti-nantikan  oleh para pemimpin Pas.


https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3629204793875619&id=329732910489507


Selepas lawatan tersebut,  sampai hari ini  saya tak dapat jumpa sambungan posting beliau. Apa jadi?


Tersentak?


Loji siap, air tak keluar?


Bukan murah. RM 48.2 juta.


Kos pun berbeza angka. 


Dalam posting TMB, kosnya RM 45.5 juta. Dalam kenyataan Menteri Air, kosnya RM 46 juta (seperti laporan MyMetro, 3/9/2021). Dalam kenyataan Exco Air Kelantan -  YB Azami - kosnya RM 48.2 juta.


Kalau kenyataan tiga-tiga ni kita anggap semua betul walau pun tak sama, maknanya dah naik dari asalnya RM 45.5 juta, jadi RM 46 juta jadi RM 48.2 juta?


Kalau betul tekaan kita, kos dah naik sebanyak RM 2.7 juta? Rakyat pun nak tau berapa kos sebenar. Kalau naik, kenapa naik?


TUP TUP, LOJI SIAP - AIR PULA TAK ADA. 


Itu pun katanya siap melebihi jadual asal? Jadual dua tahun, siap selepas masuk 5 tahun?


Rekaan asal akan keluarkan air sebanyak 30 juta liter sehari/JLH ikut TMB. 32 JLH ikut Menteri Air.


Sekali lagi tak sama. Tak tau lah apa sebab angka masing-masing tak sama.


Tak pa lah. Kita ambil atas minima 30 JLH.


Tapi air hanya keluar 10 hingga 13 JLH. Kurang sebanyak 17 hingga 20 juta liter sehari.


Banyak tu!


Mana air pergi?


Air ada, tapi Kementerian Kesihatan tak lulus. Kualitinya tak sesuai diminum.


Atau air memang tak ada?


Kualiti tak lulus? Kuantiti tak cukup?


Apa salah Menteri Air berterus terang cerita hal sebenar. Tidak - nampak lekeh lah Menteri dari Pas.


Asal Pas, mesti tak smart, nanti orang kata macam tu. Kopiah dah cantik, tapi urus tadbir memalukan.


Baik kualiti mahu pun kuantiti. Hai. Tak kan tak buat ujian dulu sebelum gali telaga buat loji?


Dah tak ada orang pandai ke di Aksb?


Banyak cerita didengar tapi kalau nak tau hal sebenar - SURUHANJAYA SIASATAN memang perlu.


Kata setengah, kegagalan sistem TELAGA JEJARI.


Loji Kg Telok ni bergantung pada binaan dua telaga jejari. Setiap satu sepatutnya berkapasiti 15 juta liter sehari. Dua biji - 30 juta liter sehari.


Sejak awal sistem ini diperkenalkan, dah banyak pakar menyatakan keraguan terhadap telaga jejari. Tetapi Aksb peminat tegar sistem telaga jejari. Apa boleh buat?


Tanggunglah adik beradik Abdul Wahub semua.


(Untuk nota, banyak lagi kes kegagalan sistem telaga jejari yg dialami oleh Aksb. Tapi belum serik. InsyaAllah kita bincang hari yg lain. Hari ini kita tumpu LOJI KG TELOK, PENGKALAN CHEPA YG DAH MAKAN BELANJA DEKAT RM 50 JUTA TAPI AIR KAT TELAGA PUN TAK ADA.)


Ada kata resapan air dari bekas tapak pelupusan sampah di Pantai Sabak masuk dalam telaga jejari. Menjadikan airnya tercemar.


Ada kata, kandungan besinya tinggi sangat.


Masa nak buat telaga, Aksb tak buat ujian ke?


Saya mendapat khabar sebenarnya konsultan dah nasihatkan adakan dulu ujian guna telaga sedia ada. Pam air terus menerus sampai lebih seminggu dan ambil air untuk ujian.  


Tapi katanya Aksb tak nak peduli?


Nak juga telaga jejari. Nak juga cara Aksb yg selalu buat benda 'ajaib'.


Apa lagi, Kajian Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU) dah lama tegaskan kawasan itu air bawah tanahnya banyak kandungan besi dan kos merawatnya sangat tinggi.


Kalau kajian BAKU pun tak pandai nak pakai (atau tak nak baca), eloklah Allah takdirkan LOJI SIAP AIR TAK ADA.


Itu namanya GAGAL.


Dari sinilah datang teori - air bermasalah di Kelantan kerana polisi  ASAL ADA PROJEK. LAGI BESAR PROJEK LAGI BAGUS. APA JADI, BELAKANG KIRA. Saya tak pasti sejauh mana benar.


SURUHANJAYA SIASATAN memang perlu untuk AKSB.


Percayalah, kalau SURUHANJAYA SIASATAN masuk menyiasat secara menyeluruh, banyak cerita ajaib akan keluar InsyaAllah.


Husam Musa

6 Syawwal 1443H

7 Mei 2022


#SaveKelantan


Baca artikel sebelum ini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=534422838051075&id=100044500896683


No comments: