Tuntut semula negara: 53 NGO mendukung Agenda Rakyat bagi pilihan raya umum


Rakyat dahulu, demokrasi sekarang

 
Agenda Rakyat dilancarkan pagi tadi

Menuju pilihan raya akan datang, enam organisasi masyarakat sivil bersama membuat seruan kepada seluruh rakyat Malaysia serta kepada mereka yang ingin menjadi pemimpin negara.

Sehingga kini, 53 buah organisasi masyarakat sivil dan kumpulan berkepentingan awam, termasuk enam organisasi tersebut, sudah mendukung Agenda Rakyat ini.

Maklum akan suasana penuh kemarahan, kekecewaan, kelelahan serta putus asa melihat keadaan semasa negara, enam pendukung bersama – melibatkan Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Pacos Trust dari Sabah, Pergerakan Tenaga Akademi Malaysia (Gerak), Save Rivers dari Sarawak, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) serta Undi18 – menyeru agar rakyat tidak berputus asa sebaliknya terus melawan menerusi kotak undi.

Organisasi kami sudah mengenalpasti lima perkara kepada calon dan pengundi untuk diperhatikan sebagai sebahagian daripada Agenda Rakyat menuju ke pilihan raya akan datang.

  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme

Pengundi disarankan untuk keluar mengundi, walaupun kecewa dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini, dan mengundi calon dan parti yang menunjukkan komitmen terhadap lima perkara ini.

Parti politik dan calonnya perlu bekerjasama melibatkan lima perkara ini ketika pilihan raya akan datang dan mengelakkan pertembungan banyak penjuru bagi menyelamatkan negara ini.

Sewaktu sidang media, presiden Aliran, Anil Netto, memperkenalkan Agenda Rakyat, kandungannya dan hujah di sebalik pelancarannya serta usahanya mendapatkan sokongan.

Sehingga kini Agenda Rakyat menerima dukungan dari 53 buah organisasi masyarakat sivil dan kumpulan berkepentingan awam.

Wakil dari setiap lima NGO yang mendukung juga bergilir untuk bercakap melibatkan lima perkara terdapat di dalam Agenda Rakyat.

Anne Lasimbang, pengarah eksekutif Pacos Trust, sebuah organisasi berasaskan masyarakat di Sabah, menyatakan peri-penting untuk mengangkat maruah serta kualiti kehidupan rakyat.

Peter Kallang, pengerusi dan pengasas Save Rivers, sebuah organisasi dari Sarawak memfokuskan kepada pemerkasaan masyarakat pedalaman bagi melindungi tanah dan sungai, berkongsi mengapa kita perlu menggalakkan pembangunan mapan serta menyelesaikan isu krisis alam sekitar.

Ngo Sheau Shi, seorang anggota jawatankuasa eksekutif bagi sebuah gerakan kebebasan akademik, Gerak, menyoroti kepentingan untuk meraikan kerencaman bagi meraikan sebuah masyarakat yang terangkum.

Pengarah eksekutif organisasi hak asasi Suaram, Sevan Doraisamy, pula menyentuh mengapa ia penting untuk mengangkat demokrasi, hak asasi serta keluhuran undang-undang.

Akhir sekali, pengasas bersama Undi18, Tharma Pillai, menekankan keperluan untuk mengutamakan usaha dalam melawan rasuah dan kronisme.

Sesi ini akan dimudahcara oleh pengerusi Gerak Prof Zaharom Nain.

Anil kemudiannya menyentuh bagaimana kita akan menggerakkan Agenda Rakyat.

  • Agenda Rakyat masih terbuka untuk menerima dukungan dari kumpulan masyarakat sivil lain sehingga pilihan raya nanti agar ia berjaya mencapai kepada semua secara meluas
  • Agenda Rakyat akan dihantar kepada semua parti politik pada akhir April nanti dan sekali lagi ketika pilihan raya umum kemudiannya diumumkan
  • Di antara Mei dan Julai, enam organisasi ini juga akan menganjurkan secara bersama beberapa siri webinar umum melibatkan lima perkara di dalam Agenda Rakyat. Wakil parti politik akan dijemput untuk menyampaikan pandangan mereka serta komitmen parti politik mereka terhadap perkara ini. Dengan ini, masyarakat umum akan dapat menilai mutu serta komitmen parti politik serta memastikan mereka dapat menepati janjinya.

Agenda penuh senarai serta senarai pendukung boleh didapati di sini.

Tuntut semula negara: Rakyat dahulu, demokrasi sekarang!

Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
Pacos Trust (Sabah)
Pergerakan Tenaga Akademi Malaysia (Gerak)
Save Rivers (Sarawak)
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Undi18
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

No comments: