KITA JANJI MACAM NAK BELI TANAH KAMPUNG BARU

 

Penerima PerantiSiswa dikurangkan, cadang beri peranti berkualiti tinggi, kata Annuar


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Peranti yang akan diagihkan kepada penerima bukan pada harga lingkungan RM800, malah harganya lebih tinggi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

KUALA LUMPUR: Peruntukan bagi penerima PerantiSiswa dikurangkan kepada 400,000 berbanding 600,000 penerima sebelum ini, susulan kerajaan mahu menyediakan peranti berkualiti tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, berkata pihaknya berpandangan bahawa peranti pada harga yang lebih murah, tidak sesuai diberikan kepada pelajar.

“Mereka (pelajar) memerlukan peranti yang pada satu kapasiti yang agak tinggi, justeru kita bercadang untuk membuat perolehan bagi mendapatkan peranti berkualiti tinggi.

“Peranti yang kita akan berikan bukan harga (RM) 700/800 harganya lebih tinggi dari itu,” katanya dalam sidang media Majlis Apresiasi Pengamal Media di Hotel Le Meridien, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, peruntukan membabitkan 600,000 penerima dalam Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz adalah angka sementara bagi tujuan belanjawan.

Katanya, selepas diperincikan semula, pihaknya mendapati jumlah pelajar kategori B40 mengikut angka rasmi yang diperoleh daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) jauh lebih rendah.

“Dengan itu jumlah yang kita anggarkan pada masa ini kira-kira 400,000, tapi ini semua bergantung kepada permohonan sebenar yang baharu sahaja dibuka kalau kita buat perolehan banyak, jumlah pemohonnya sikit dia akan jadi satu pembaziran,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, kerajaan juga akan menimbang memperluas PerantiSiswa tidak hanya terhad kepada pelajar di bawah KPT, malah dibuka juga kepada institusi bawah kementerian.

“Kita rasa munasabah permohonan itu dipohon oleh institut pendidikan guru di bawah KPM, kita rasa juga itu adalah munasabah untuk dipertimbangkan pemberian peranti bagi mereka di bawah kategori B40.

“Terbaru, saya sedang meneliti jumlah daripada kolej matrikulasi yang juga kita merasakan ada meritnya untuk dipertimbangkan peranti bagi pelajar miskin,” katanya.

Permohonan PerantiSiswa bagi pelajar golongan B40 di institusi pengajian tinggi (IPT), dibuka bermula 15 Apr hingga 15 Mei ini.


No comments: