MAHMUD JUMAAT
Selepas Kak Mona Din membuat terbitan bahawa terdapat pihak melalui telegram mereka meminta orang ramai untuk mengumpul bukti mana-mana terbitan melibatkan kenyataan fitnah terhadap Siti Bainon, ramai pihak yang dm saya untuk meminta nasihat apakah posibiliti tindakan undang-undang yang akan dikenakan ke atas posting netizen.
Berdasarkan dapatan saya, terdapat dua tindakan undang-undang yang berkemungkinan akan diambil bergantung kepada terbitan tersebut:
1. Saman Fitnah; atau
2. Tindakan Komital di Mahkamah.
Perkongsian yang mantop secara terperinci telah dikongsikan oleh Megat Syazlee B Mokhtarom dan Haziq DSubhi melalui instagram dan Facebook mereka untuk tatapan orang ramai.
Saya akan cuba buat perkongsian ringkas untuk memudahkan orang ramai untuk faham dan bersiap sedia segala kemungkinan.
Sekiranya ada soalan, adalah lebih baik tanya diruang komen untuk kami jawab.
Dont worry, kami bersama anda. Sila hubungi barisan peguam kami sekiranya anda adalah insan terpilih untuk hadapi cabaran ini.