PH TAK PERNAH AJAK PAS PUN..PAS JA SUKA UMNO...UMNO TEDANG PAS..PH PUN LIHAT PADA PARTI YANG MENYOKONG ANWAR SEBAGAI PM

 

PAS tolak ‘khemah besar’, strategi bersama PKR tak akan berulang, kata Sanusi.PH tidak pernah pun mengajak pas..begitulah sebaliknya.ph tidak menyondol untuk bersama membentuk kerajaan melalui langkah khianat dan bersetuju dengan para koruptor kecuali Pas.Dimana kekuatan Pas sebelum ini sehingga terpaksa menyertai gabungan yang mereka maki hamun dahulunya.Menyertai pengkhianat bukan cara PH dan PKR.





facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

PAS tidak akan menyertai ‘khemah besar’ walaupun mengaku ada
 perbincangan berhubung kerjasama politik antara Pakatan Harapan dan
 Perikatan Nasional, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor.
 (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: PAS tidak akan menyertai “khemah besar” yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH) mengambil kira pengalaman 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, perbincangan berhubung kerjasama politik itu membabitkan PH dan Perikatan Nasional (PN), dengan PAS hanya komponen dalam PN.

“Yang berbincang adalah PN dan PH. PAS buat keputusan menolak dan tidak akan menyertainya. PN ini jika PAS tidak turut serta, maka ia tidak akan cukup kerusi.

“PAS tolak sebarang pakatan untuk bentuk kerjasama baharu membabitkan PKR. Kita sudah ada pengalaman 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat dan semua strategi itu tidak akan berulang lagi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Rancangan mewujudkan “khemah besar” dalam kalangan blok parti pembangkang kini hangat diperkatakan, terutama PH yang bermatlamat menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Biarpun belum diperincikan, wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan utama PH berhubung konsep gabungan itu apabila Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, konsep yang dipersetujui dalam resolusi Port Dickson adalah kerjasama blok pembangkang tanpa membabitkan PN yang diterajui Bersatu.

Pendirian Anthony itu senada dengan pendapat Presiden Amanah Mohamad Sabu, bahawa tidak timbul cadangan menarik penyertaan PN, apatah lagi PAS ke dalamnya.

Bagaimanapun, nada Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub sedikit berbeza, yang melihat keperluan membuka ruang perbincangan dengan PN, khususnya


No comments: