Dolar Singapura tarik pekerja Malaysia, perniagaan di JB terjejas


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, mereka memulakan kembali amalan harian berulang alik untuk bekerja, menjimatkan banyak wang dari segi sewa dan kos sara hidup. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura memberi kelegaan besar kepada perniagaan di Johor Bahru dengan aktiviti ekonomi hampir kembali normal selepas dua tahun “tutup” akibat Covid-19.

Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, mereka memulakan kembali amalan harian berulang alik untuk bekerja, menjimatkan banyak wang dari segi sewa dan kos sara hidup.

Bagaimanapun, pembukaan semula itu menjejaskan beberapa sektor ekonomi di sini kerana apabila ia menghadapi kekurangan pekerja yang serius susulan rakyat Malaysia beralih kepada bekerja di Singapura disebabkan oleh gaji yang jauh lebih tinggi apabila ditukar kepada ringgit.

Semalam, kadar tukaran wang adalah RM3.16 untuk satu dolar Singapura.

Menurut Setiausaha Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Johor Yvonne Loh, hotel-hotel berdepan masalah tenaga kerja apabila ramai berpindah kerja ke Singapura.

“Masalah ini dialami oleh semua sektor,” kata Loh kepada FMT.

“Bagi hotel, kebanyakannya beroperasi dengan purata 50% tenaga kerja. Ada yang tidak boleh mengendalikan jamuan dan majlis lain pada kapasiti penuh kerana mereka tidak mampu.”

Beliau berkata, Resorts World di Singapura mengadakan temuduga secara terbuka di sebuah hotel di sini minggu lepas untuk mengambil pekerja bagi kasinonya di Sentosa, dan barisan pemohon yang panjang.

Ini membimbangkan pengusaha perniagaan di Johor Bahru, katanya.

Loh berkata, kadar setiap jam untuk pekerja sementara juga meningkat daripada RM5-RM6 kepada RM10, dan pelatih institusi latihan hotel yang dahulunya dibayar RM400 sebulan ditawarkan dua kali ganda jumlah itu.

“Menurut laporan berita di Singapura, kedai makanan di sana menghadapi kekurangan pekerja yang serius dan sanggup membayar rakyat Malaysia SGD4,000 sebulan. Selain itu, kadar setiap jam mereka boleh mencapai setinggi SGD28.

B Ravinthran.

“Perkembangan ini membimbangkan kerana ia akan menyebabkan perniagaan tempatan tiada pilihan selain membawa masuk pekerja asing,” katanya.

Loh berkata, beberapa hotel cuba memanggil balik pekerja yang diberhentikan semasa wabak Covid-19 melanda tetapi kebanyakannya lebih suka pergi ke Singapura atau menjadi pemandu e-panggilan.

Ketua Pegawai Eksekutif Indah Cleaning Services B Ravinthran, yang hanya mempunyai pekerja rakyat Malaysia, berkata keadaan tenaga kerja semakin tenat dengan beberapa pekerjanya memilih untuk ke Singapura.

“Mereka tertarik dengan kadar tukaran wang yang tinggi. Selain itu, rakyat Malaysia tidak mahu melakukan kerja pembersihan walaupun saya menawarkan mereka RM100 sehari sebagai pekerja sementara.

“Semakin sukar untuk mencari pekerja,” katanya.

Ravinthran berkata, terdapat keperluan untuk tenaga kerja negara ditangani secara jangka panjang “sebelum kita melihat pekerja asing membanjiri negara”.