APA CRITA PULAK NUSI- TUDUH UMNO PULAK BUAT TAIK....ADOIIII....DULU UMNO PUJAAN HATUKU..SEKARANG KATA JEBON LA BAGAI..DOSA TAU....

 

‘Jebon tulis minit mesyuarat’, Sanusi dakwa ‘PAS leak’ kerja BN



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan
 Barisan Nasional terlibat dalam penularan dokumen ‘PAS leak’ yang
 didakwa cuba menjatuhkan kepimpinan Umno.


PETALING JAYA: Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan dokumen “PAS leak” yang tular sebelum ini dilakukan sendiri oleh Barisan Nasional (BN) menerusi pasukan laskar sibernya.

Menteri besar Kedah itu berkata demikian sebagai mengulas pihak mana yang dipercayainya mampu menghasilkan dokumen sedemikian.

Katanya, ada pihak tertentu akan mendapat manfaat apabila maklumat berkaitan dakwaan perancangan menjatuhkan kepimpinan Umno disebarkan secara terbuka.

Beliau berkata, ada pegawai dalam BN yang kuat mendesak Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga naib presiden PAS supaya bersumpah laknat susulan penularan dokumen “PAS leak”.

“Dia mungkin ada kepentingan pada dokumen itu dan sedang guna dokumen itu. Orang macam ini ada potensi untuk buat dokumen,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sanusi berkata, pendedahan dokumen berkenaan yang mendakwa wujud perancangan sulit bagi menjatuhkan pimpinan Umno sebagai perkara tidak benar.

Beliau berkata, kandungan dokumen dikatakan minit mesyuarat kepimpinan PAS sangat diragui kerana dibuat tanpa mengikut ejaan dan urutan kebiasaan format parti itu.

“Saya kalau nak rancang perkara sebegitu (menjatuhkan kepimpinan Umno), saya tidak tulis. Orang bodoh sahaja tulis, selepas itu sebar bagi orang baca. Saya beranggapan dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang dapat kepentingan daripada dokumen itu,” katanya.

Katanya, beliau lama berada dalam hierarki kepimpinan PAS Pusat sekali gus menegaskan bahawa ia bukan format minit mesyuarat parti itu.

“Bagi kita kalau ada (perancangan sulit) kita akan cakap ada, jika tidak ada, kita akan cakap tidak ada. Minit mesyuarat PAS bukan begitu, kita ada format minit yang perlu diikuti, ada ejaan dan urutan tertentu.

“Saya tak tahu siapa tulis minit itu, mungkin ‘jebon’ yang tulis minit mesyuarat itu,” katanya merujuk haiwan jenis musang dipanggil cerpelai atau “mongoose” yang digambarkan sangat lincah dan licik.

No comments: