Kes penganiayaan terhadap adik Bella yang masih dibicarakan di
mahkamah menuntut kerajaan mengambil ikhtibar terhadap pengajaan kanak kanak
kurang bernasib baik yang dioperasikan oleh individu persendirian atau
dikendalikan NGO tetapi tidak berdaftar dengan Kementeriann Pembangunan,
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPW).
Menurut calon Naib Presiden KEADILAN, Farhash Wafa Salvador,
Menteri KPW juga harus bertindak tegas terhadap rumah jagaan yang beroperasi
secara haram dan menyekatnya daripada terus bercambah di seluruh negara.
"Insiden menyayat hati yang menimpa Bella perlu dijadikan
iktibar buat semua penjaga di luar sana. Sudah menjadi kewajipan dan
tanggungjawab untuk menuntut keadilan terhadapnya.
"Menteru KPW, Datuk Seri Rina Harun perlu bersikap tegas
dalam kes ini supaya tiada sebarang gangguan terhadap urusan mahkamah berlaku
dan kepatuhan undang undang mesti ditegakkan," katanya dalam satu
kenyataan.
Selain itu, Farhash juga prihatin terhadap isu lantikan Syed Azmi
Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan ahli pemegang Amanah YKN sedangkan dalam masa sama beliau juga
merupakan penasihat dan pengasas bersama Rumah Bonda yang terkait dalam kes
adik Bella.
Beliau berpendapat posisi Syed Azmi berkaitan perundangan
seharusnya ditamatkan agar tidak mencetuskan konflik kepentingan.
"Tindakan kerajaan dalam melantik Syed Azmi boleh menjejaskan
imej kerajaan untuk memastikan tiada konflik kepentingan dalam mana mana kes di
bawah Akta 611 walaupun peranannya sebagai penasihat dianggap tidak
berintegriti di dalam kes ini
"Saya juga berharap tiada sebarang campurtangan politik di
dalam kes pengabaian dan penganiayaan berkenaan dan keadilan terhadap Bella
perlu ditegakkan dalam apa jua cara sekalipun," katanya lagi.