Naib presiden PAS dicabar ‘sumpah laknat’ tiada rancangan jatuhkan pemimpin Umno


 

Dah la menumpang  tui kemenangan orang , untung dapat jadi menteri.Walau pun jadi menteri, tak nampak apa pun yang dibuat...cuba peratikan apa menteri dari parti pak lebai ini buat ? Sembang ja kencang. Apa yang depa tau, hentam PH dulu...dapat ke parti Melayu isle...rega teloq ayam dan rega ayam pun melaut...tu pun jangan......kerajaan terbaik...terbaik apanya...pelabur blah tinggai pengangguran...kah..kah....tu pun nak jatuhkan parti orang....ha,ha,haaa..






Isham Jalil mahu Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan perbincangan antara pemimpin PAS dan Bersatu.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Barisan Nasional mencabar Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar bersumpah partinya tidak merancang untuk menjatuhkan pemimpin Umno.

“Kalau betul semua perkara yang dalam minit mesyuarat itu tidak betul, suruh dia buat sumpah laknat,” kata Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil kepada FMT.

“Setakat nafi-nafi sahaja rakyat sudah tidak percaya kepada ahli politik talam dua muka yang depan kata lain belakang buat lain.”

Samsuri menafikan wujudnya pakatan untuk menjatuhkan pemimpin Umno susulan laporan mengenai penularan dokumen dikatakan ‘minit mesyuarat’.

Dokumen itu didakwa ada menyebut tentang rancangan untuk menjatuhkan dan mengganggu Umno dan BN.

Samsuri menyifatkan dokumen tular itu sebagai “sampah”, tidak benar, dan tidak tahu dari mana datangnya.

Beliau bagaimanapun akui ada pertemuan antara pemimpin PAS dan Bersatu, namun ia tidak membincangkan apa yang didakwa itu.

“Samsuri kata dia tidak bincang seperti minit mesyuarat yang bocor itu. Habis kamu bincang apa? Bulan puasa jangan tipu,” jawab Isham.

Isham berkata pemimpin PAS pernah sebut tentang rancangan “taktikal” untuk memastikan Umno menerima Bersatu dalam Muafakat Nasional.

“Adakah ini rancangan taktikal mereka iaitu menjatuhkan pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan mereka dan menyumbat pemimpin Umno ini ke dalam penjara sebelum pilihan raya?

“Jika inilah rancangan mereka, sememangnya mereka orang yang tidak kisah menganiaya orang lain untuk kepentingan kuasa dan diri sendiri. Orang sebegini tidak boleh dipercayai.”

No comments: