SIDANG MEDIA PARTI AMANAH NEGARA [PERSIAPAN MENGHADAPI PRU15 & ISU PENGA...ADAKAH AMANAH DAH KAJI ?


Maaf cakap, tapi aku rasa Amanah ni bodoh.

Entah kenapa dia masih percaya gabungan semua pembangkang boleh tewaskan BN. Cuba tengok keputusan PRN Melaka dan Johor. Pejuang dan Warisan ditolak sama sekali.

Cuma Muda dapat nyawa di Johor, itupun atas kebodohan pemimpin Amanah sendiri. Kerusi yang jelas boleh dimenangi diberikan kepada seteru. Dah rugi satu kerusi.

Kerjasama dengan Pejuang dan Warisan juga Muda cuma akan rugikan PH kerusi. Dan jangan lupa parti itu yang khianati PH kerana sikap tamakkan kuasa mereka. Kalau kerjasama lagi, dan mereka masih tamak dan khianati PH, macamana? Tak serik?

Kalau Amanah masih berpendirian sebodoh ini lagi, aku setuju 100% agar Keadilan tinggalkan PH. Tak guna duduk dengan mereka yang dungu. Kerjasama dengan Pejuang dan Warisan akan menarik PH sama ke dasar lubuk dan akhirnya lemas.

Aku rasa ahli akar umbi Amanah lebih ramai yang cerdik dari pemimpin yang ada sekarang. Sebab nak sangat kuasa, sampai jadi tak rasional. Makin lama makin jauh dengan rakyat. Lupa sentimen rakyat. Mujurlah aku awal dah tinggalkan Amanah. Guane boh?

Raja Gelap