Hala tuju KEADILAN digagaskan oleh presiden - Saifuddin Nasution

 






Kempen Pemilihan KEADILAN 2022 rencam dengan pelbagai isu dan gaya berkempen. Terbaharu calon calon yang bertanding ditanya mengenai ke mana hala tuju parti yang akan mereka bawa sekiranya menang.



Calon Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertanyaan sedemikian tidak wajar ditanyakan kerana hala tuju parti biasanya di tetapkan oleh presiden.



"Hala tuju parti dalam sebuah organisasi akan digagaskan oleh presiden. Pimpinan lain, apabila keputusan telah diketahui akan ada tempat masing masing. Ada timbalan, naib, ketua wanita, AMK, MPP



"Sebelum presiden angkat gagasan hala tuju parti, presiden akan berunding dengan semua pimpinan AMK, Wanita, MPP, Biro Politik.



"Presiden kata kongres tahunan tahun ini, saya sebagai presiden akan menggagaskan hala tuju parti tahun ini dan tahun depan, tolong bagi pandangan



"Kita pun buat mesyuarat bagi saranan. Kemudian olah dan bentangkan dalam ucapan dasar presiden semasa kongres. Kemudian wakil negeri akan bahas ucapan dasar presiden. Ekonomi, pendidikan, kebajikan, hubungan antara parti, isu rakyat. Semua perwakilan negeri akan bercakap dalam kongres," katanya.



Tambah Setiausaha Agung KEADILAN itu, dalam proses mesyuarat maka pengerusi tetap akan memberi kesempatan kepada ahli ahli untuk mengundi usul ucapan dasar presdien



"Bila usul presiden diterima. Presiden kemudian buat penggulungan semua ucapan perwakilan. Presiden beri gagasan hala tuju, dibentang dalam kongres, dibahas oleh perwakilan, digulung oleh presiden. Itu akan menjadi hala tuju KEADILAN dalam setahun, dua tahun, tiga tahun.



"Hala tuju parti digagaskan oleh presiden dengan mengambil kira semua pandangan pemimpin. Ini displin parti.



"Kalau kita jadi calon, ini hala tuju, aku nak bawa parti ke sini. Naib presiden kata ini hala tuju aku. Satu kapal banyak nakhoda. Apa nak jadi KEADILAN ini?" tanyanya.



Bagi Saifuddin, hala tuju parti perlu datang dari presiden dan bukannya ditentukan secara peribadi oleh para pimpinan.



"Saya jelas hala tuju parti akan diletakkan asasnya oleh presiden, pimpinan lain tolong bagi pandangan kamu dalam mesyuarat parti, Biro Politik, AMK dan Wanita. Itu cara bergerak dalam parti yang namanya KEADILAN," katanya lagi.



No comments: