KENA LAH BANYAK MEMBACA DAN MEMBUAT KAJIAN

 


MB Kelantan perlu rajin membaca sikit laporan audit berkaitan Tabung Haji, kata Mujahid



MB Kelantan perlu rajin membaca sikit laporan audit berkaitan Tabung Haji, kata Mujahid




Tabung Haji zaman PH perit? Tetapi fakta menunjukkan zaman PH bawah saya TH berjaya dipulihkan.

1. Penstrukturan semula berjaya imbangkan defisit antara aset dan liabiliti.

2. Berjaya patuh akta TH tentang seksyen 22 dalam pengagihan hibah yg sejak 2014 zaman BN diberi amaran tidak patuh.

3. Berjaya patuh MFRS dan IFRS yang merupakan syarat perakaunan bersih yg tidak dipatuhi dalam akaun 2017 zaman BN.

4. Pencarum bertambah dan aset lebih tinggi dari tanggungan menandakan kesihatan TH dari sudut kewangan.

5. Kelestarian TH dipacu oleh penstrukturan semula “strategic asset re-location” dan perbelanjaan berkesan pentadbiran untuk kekal unggul dan kukuh menghadap tahun mendatang yang mencabar.

6. Pendeposit mempercayai usaha yang dilakukan zaman PH kerana tidak berlaku ‘bank run’ atau panik walaupun terpaksa memberikan hibah rendah tahun pertama pemulihan untuk 2018.

7.MB Kelantan perlu rajin membaca sikit semua laporan audit dari tahun 2018-2020 dan akan mendapati laporan sebagai bersih, patuh dan menggambarkan kedudukan sebenar (bukan manipulasi)

Tabung Haji : MB Kelantan perlu rajin membaca sikit - Mujahid

Segala yang dinikmati hari ini adalah hasil kejayaan penstrukturan semula zaman PH.
Soalan saya kepada MB Melayu-Isle nak dengar fakta atau nak ulang fitnah terhadap TH?

Yb DS Dr. Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH
Mantan Menteri Agama.

No comments: