Lelaki ini dedah taktik Mudir Tahfiz kaut untung jutaan ringgit, pedagang agama kutip derma

 


Lelaki ini dedah taktik Mudir Tahfiz kaut untung jutaan ringgit, pedagang agama kutip derma

Perasankah kalian awal tahun 2000 hingga sekarang…orang beragama atau bergelar Ustaz kehidupan mereka jauh berbeza dengan guru2 agama sebelum ini. Maksudnya kehidupan mereka penuh kemewahan.

Jika dahulu guru2 agama menaiki basikal, motorsikal atau diambil ke rumah untuk ke majlis2 tertentu kini tidak lagi. Rata2 mereka yang popular kini mempunyai Velfire serta driver.

Saya antara insan paling gembira lahir pelbagai sekolah agama terutama pusat2 Tahfiz yang tumbuh bak cendawan. Di Sabah ini banyak jugalah yang saya dan rakan2 membantu. Tapi disebalik kemunculan sekolah2 agama ini ada sesuatu yang amat mengecewakan.

Ada antara mereka yang menubuhkan sekolah2 agama ini semata mata utk ‘perniagaan’ mereka. Dalam erti kata lain ada antara mereka tamat pengajian tiada pekerjaan, ada yg tidak mahu makan gaji dan ingin menjadi seperti Mudir mereka mempunyai pusat pengajian agama sendiri dan hidup mewah.

Modus operandi mereka mudah… cari individu yg ingin mewakafkan tanah 2-3 ekar dan bina rangka2 bangunan. Mereka tahu dgn teknologi yang ada dan berdasarkan pengalaman mereka belajar dan mengajar apabila publisiti dibuat mereka akn menerima bantuan puluhan hingga ke ratusan ribu. Malah khabarnya ada berjuta.

Maka iklan pun bermula..”bantulah kami utk siapkan bangunan Tahfiz”. Sebagai org Islam tentulah saya gembira tetapi kecewa kerana ia dibina lebih ke arah kepentingan Mudir dan tenaga2 pengajarnya. Kenapa saya kata begitu?

Sekolah2 yg dibina kebanyakkan tidak mengikut spesifikasi keselamatan. Jika wujud suasana tidak selamat, tiada erti kehidupan kerana pengajian Maqasid Syariah dlm ajaran Islam meletakkan aspek nyawa sebahagian perkara asas.

Dlm hierarki Abraham Maslow pula hal berkaitan fisiologi, kesihatan dan keselamatan adalah hierarki paling utama diperlukan setiap manusia. Namun isu keselamatan tidak pernah dihirau dan bukan menjadi amalan.

Yg penting siap utk menanti derma beribu ribu… bukannya income berdasarkan kpd yuran pelajar2 mereka. Sebab itu ia tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Anak angkat saya yg juga pengajar Tahfiz pernah memberitahu saya… kebanyakkan Mudir2 ini tahu derma akn dtg mencurah curah apabila diiklankan. Tapi ramai Mudir2 sekolah agama telah menyalah gunakan dana2 tersebut utk tujuan peribadi.

Saya ada pengalaman sendiri. Saya dan rakan2 malah saudara mara di KL menghulur derma di beberapa buah pusat Tahfiz. Yg mengecewakan derma kita itu utk kebersihan terutama tandas tidak dilakukan… yg kita nampak Mudirnya berkereta baru. HP tak mahu mengalah.

Kita yg menderma pun tak pakai kereta baru…mana kita tidak kecewa. Sebab itu saya tidak lagi amalkan beri cash. Beli beras atau hantar bungkuskan makanan.

Bila bicara isu kubah Surau dkt RM 500k itu bagi saya kerja bodoh. Utk apa buat kubah ia bukan syarat wajib solat samada solat sendirian atau berjamaah. Lebih aneh mahu buat kubah yg hebat dan mahal tetapi mengharap bantuan org ramai?

Hidup tak habis meminta minta. Lebih aneh minta bantuan tetapi diri sendiri berkereta mewah yg harga kenderaan tersebut mampu membina kubah yg diimpikan. Itu yg kita rasa geram dkt pengasas sekolah2 agama ini.

Masih saya ingat rakan saya di KL yg merupakan penjual kereta Produa. Dtg lebai ingin memiliki kereta. Ditanya adakah mahu kenderaan besar utk kapasiti tempat duduk 7 org. Katanya dia mahu beli utk kegunaan peribadi.

Bila diminta diberikan dokumen seperti slip gaji, EPF dan lain2… Mudir sekolah agama itu beritahu dia mahu beli cash. Wow beli kereta harga lebih RM 50k cash.

Berbalik kpd isu kubah tersebut adalah lebih baik bajet tersebut digunakan utk tandas bertaraf 4 bintang atau bilik asrama dilengkapi almari dan katil yg baik. Kadang2 kita sedih ke mana duit yg diberikan sdgkan bilik asrama pelajar sgt daif.

Ramai umat Islam menyakini kubah adalah warisan budaya Islam atau ada juga ingatkan ia syarat wajib utk membina surau atau masjid. Ia tanggapan yg salah.

Kubah bukan hanya digunakan pada bangunan masjid, tapi digunakan juga pada bangunan2 rumah ibadah bukan muslim terutama Kristian. Ada buku menulis menyatakan rekabentuk pertama masjid Madinah dahulu belum mengunakan kubah.

Berbalik kpd isu sekolah2 agama yg ingin dibina ia mesti mempunyai proposal yg baik samada pelan bangunan dgn ciri2 keselamatan dan pengurusan yg baik bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yg berkualiti bukan setakat ajar menghafal.

Siapa tenaga pengajar dan siapa pengurus kewangan mesti dipantau dan diaudit oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan Daerah. Barulah diluluskan pembinaanya bukan dah siap dibina baru mohon lesen. Tak beri lesen nanti dituduh kafir, kejam dan bermacam mcm lagi.

Saya hairan mengapa lebai tak kiralah Ustaz, Mudir, Pendakwah, NGO2 Islam bila kita bertanya soal audit… mereka melenting marah. Seolah ‘haram’ jika soalan itu ditanya.

Di situ kita tahu sekolah2 agama yg dibina tiada proposal yg baik dari pengurusannya. Ada ‘hanky panky’ yg mereka bimbang jika akaun diaudit. Ada ke patut Nik Abduh berkata, ‘ Derma sahaja jangan ditanya sampai atau tidak.’ 😀

Sebab itu zaman skg netizen menggelar org agama sebagai ‘pedagang agama atau pelacur agama’. Org agama dulu mengajar utk kita bersifat tawaduk dan rajin bersedekah. Zaman skg org agama sibuk bercerita tak salah utk kaya.

Betul Ustaz tak salah jadi kaya. Yg salah kau kaya kau minta derma lagi dgn org ramai. Kalau kehidupan kau mcm Umar Al Khattab tak mengapa… ini yg bersedekah duduk rumah teres yg minta derma duduk banglo dan bercuti ke luar negara main salji.

Norman Radzuan


No comments: