MEMANG TAK BANTU LA..NAK BANTU MACAMANA...NAK BUKA KHEMAH TAPI TAK MAHU MASUK PH...KUAT MANA SANGAT ?

 

PKR tak bantu PH, berdiam diri mengenai kerjasama politik, kata penganalisis




Anwar Ibrahim (kiri) membuatkan penyokong PH tertunggu-tunggu, manakala Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng ‘menutup pintu’ kepada Bersatu dan PAS. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Kegagalan PKR untuk menyatakan pendirian mengenai kerjasamanya dengan Bersatu boleh menimbulkan persepsi berlakunya perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH), kata seorang penganalisis.

Prof Madya Anantha Raman Govindasamy daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, penyokong PH semakin beranggapan bahawa gabungan itu tidak boleh mengambil pendirian secara bersepakat mengenai isu politik besar berhubung pilihan raya.

Beliau berkata, DAP dan Amanah mengambil langkah yang betul dengan “menutup pintu” kepada Bersatu dan PAS kerana ia menunjukkan mereka mahu melindungi integriti dalam politik Malaysia.

Katanya, keputusan PKR untuk bekerjasama dengan Bersatu akan menyebabkan sokongan kepada PH menurun.

Anantha mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bahawa parti itu terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti bukan komponen PH.

Sejak itu, Saifuddin menjelaskan bahawa dia tidak merujuk kepada Bersatu “secara khusus”, walaupun Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin memintanya menutup pintu secara kekal mengenai idea itu.

Manakala Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, secara teorinya, PKR boleh menyerahkan beberapa kerusinya kepada Bersatu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk memudahkan beberapa tahap kerjasama politik.

“Dengan ini, PH masih boleh utuh walaupun PKR bekerjasama dengan Bersatu,” katanya kepada FMT.

“Selain itu, PKR mesti menentukan bahawa penyokong mereka tidak sama sekali menentang idea itu, jadi mereka boleh memikirkan mengenai idea itu lama sedikit,”

Oh percaya PKR kini “menyelami jiwa” selepas kekalahan “hebat” dalam beberapa pilihan raya dan tidak menolak kemungkinan mengadakan kerjasama dengan Bersatu dan PAS.



No comments: