INI MESTI TERKESAN DENGAN PASLEAKS NIH- WOII DERIS KERJA TU CIA SAJA YANG BOLEH BUAT KAH..KAH..KAH,,,,TANYA EJEN CIA..NAK SOKONG MUAFAKAT MELAYU PUN KOATA HAJI TAK BOLEH CAPAI TINGGI...




Bocor ‘minit mesyuarat’ kerja musuh muafakat parti Melayu, tegas Idris







Naib Presiden PAS Idris Ahmad menafikan kesahihan dokumen
 dikatakan minit mesyuarat yang dibocorkan baru-baru ini.

PUTRAJAYA: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, pihak tertentu mahu meretakkan muafakat parti Melayu dengan mendatangkan suatu dokumen yang didakwa ‘minit mesyuarat’ mengenai rancangan menjatuhkan pemimpin Umno.

Dengan menegaskan bahawa pimpinan tertinggi PAS tidak pernah membincangkan perkara yang didakwa dalam dokumen tular itu, Idris berkata, sudah tentu dakwaan sebegitu adalah daripada pihak yang memusuhi kerjasama parti Melayu.

Katanya, penularan dokumen “sampah” itu adalah untuk “meretakkan muafakat dalam kalangan parti-parti Melayu, dalam Muafakat Nasional (MN), dalam Perikatan Nasional (PN)”.

“Apabila berlakunya perpecahan dalam kalangan kita, itu kejayaan dia,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan akan membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan berhubung penularan dokumen yang didakwa mempunyai unsur campur tangan dalam kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Menurut peguam Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, pihaknya terkejut dengan isi kandungan dokumen yang dibocorkan di media sosial itu, yang antaranya menyebut “perlu ada campur tangan segera dalam kes mahkamah agar mempercepatkan jatuh hukum”.

Ahad lepas, beberapa dokumen dikatakan minit mesyuarat PAS didapati tular di media sosial dan didakwa berhubung pertemuan antara naib presiden parti itu Ahmad Samsuri Mokhtar; setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan dan beberapa pemimpin parti lain pada 24 dan 27 Mac serta 4 dan 7 April.

Antara pemimpin yang disebut dalam minit itu adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad; Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin; dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Hishammuddin Hussein.


No comments: