Rafizi sotong...
Kalau yang cakap tu BN atau PN, boleh tahan lagi. Tapi yang ini
orang PH. Malah ahli Keadilan pun ada sebut benda yang sama.
Tapi sesotong-sotong Rafizi, kita pun boleh tengok yang tanpa
beliau, PH hancur lebur. Tiada strategi mantap hadapi pilihanraya.
Ketika PRU14, sebenarnya faktor kemenangan PH adalah homework
yang Rafizi buat. Rafizi berjaya buat PH juarai isu rakyat
Memang Rafizi ada bawa isu rasuah dan 1MDB tapi isu-isu itu
diolah hingga jadi dekat dengan rakyat. Bukan sekadar nak tunjukkan Najib
jahat.
Rafizi jelaskan bagaimana duit 1MDB telah jejaskan kehidupan
rakyat. Rafizi juga tunjukkan bagaimana tanpa ketirisan, negara cukup wang
untuk bantu rakyat dengan subsidi dan sebagainya.
Itulah yang PH tiada sekarang. Malangnya mereka yang gelar
Rafizi sotong langsung tak punya idea seperti yang pernah Rafizi beri.
Maka sebab itu, PRK demi PRK, PRN demi PRN, PH terutamanya Keadilan,
hanya menjadi tukang buat meriah je. Tak nampak siginifikan.
Berapa banyak banyak isu yang PH gagal juarai?
1. Isu kenaikan harga barang.
2. Isu paksaan vaksinasi dan dos penggalak.
3. Isu jarak saf dan solat jemaah/Jumaat.
4. Isu pekerja asing dan peluang pekerjaan.
5. Isu pengeluaran KWSP.
6. Isu bencana dan kegagalan kerajaan.
Dan banyak lagi isu-isu lain. Yang kelakarnya, Najib yang
sebenarnya sebahagian daripada kerajaan pula yang menyamar jadi pembangkang dan
gagah suarakan isu-isu ini.
Bukan tak ada pembangkang yang bersuara tapi tak cukup kuat. Aku
tahu DS Anwar banyak bercakap soal ini. Tapi cuma beliau.
Pemimpin lain? Semua sibuk khemah besar. Yang kerja hentam DS
Anwar tak sudah pun ada. Tapi isu rakyat dia buat keras kejung.
DS Anwar masih relevan. Sangat relevan. Kalau DS Anwar tak ada
sekarang, lagilah tiada siapa yang akan bawa suara rakyat.
Tapi DS Anwar perlukan sokongan. Dan hanyalah Rafizi sahaja yang
boleh berikan sokongan yang diperlukan oleh DS Anwar.
PH jauh lebih perlukan Rafizi berbanding khemah besar. Suka atau
tidak, sekarang adalah masanya untuk Rafizi buat come back.
Aku percaya ramai yang sependapat dengan aku. Kalau DS Anwar dan
Rafizi ada baca tulisan ini, aku harap mereka segerakan perubahan. Tolonglah
dengar permintaan kami ini. Guane boh?