APABILA HABIS MADU- PAS KENA BUANG- KAH..KAH...

 

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menolak untuk menjawab tanda tanya adakah Pas akan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung bermula Rabu ini.

Ketika diajukan soalan tersebut, Ahmad Maslan hanya terdiam dan kemudian meminta untuk media bertanyakan soalan lain.

“Untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini, adakah rakan daripada Muafakat Nasional (MN), Pas akan dijemput?” soal media.


“(Senyap seketika)...Ada soalan lain?,” soal beliau sebelum media terus bertanyakan soalan berkaitan jumlah usul yang akan dibawa ke perhimpunan tersebut.

“Usul itu kami akan putuskan esok dalam mesyuarat yang akan dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Timbalan Presiden akan pengerusikan mesyuarat usul itu esok, jam 2.30 petang tapi kita tidak panggil media untuk mesyuarat itu.

“Bagaimana bentuk usul itu kita akan putuskan esok,” katanya pada sidang media sempena perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini pada Isnin.

Begitupun, beliau tidak menafikan kemungkinan usul Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dibawa ke dalam perhimpunan tersebut kerana usulnya mencakupi pelbagai perkara.

Jelasnya, ia termasuklah agama, pendidikan, ekonomi dan pelbagai isu lain boleh disentuh kecuali perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti.

Tambah beliau, PAU2021 akan dihadiri Friends of BN dan duta serta pesuruhjaya tinggi kedutaan dijangka turut menghadiri perhimpunan itu.

“Lebih 500 petugas media tempatan dan luar negara akan buat liputan termasuk 15

 

No comments: