KEH..KEH..RAKYAT PALOH MERUNGUT SEBAB KURANG MASYUKKK

 

Walaupun aku sudah menyampah dengan DAP dan majoriti pemimpin DAP kerana perangai tergilakan saka tua mereka, tapi lelaki yang seorang ini aku tak boleh nak menyampah.

Bagi aku, satu kerugian bagi penduduk Paloh yang menolak lelaki ini terus mewakili mereka di dewan negeri. Beliau seorang yang betul mengambil berat soal kebajikan rakyat.
Apa pun, terima kasih mantan YB atas segala jasa dan usaha selama menjawat jawatan. Semoga setiap kebajikan akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kekhilafan akan mendapat keampunan. Lain kali boleh usaha lagi. Guane boh?
May be an image of 2 people, coffee cup and indoor
TERIMA KASEH SEMUA✌🏼
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Maka berakhirlah Pilihan Raya Negeri Johor pada malam tadi. Adat pertandingan, ada kalah dan menang. Saya tak berjaya mengekalkan kemenangan Pakatan Harapan di kerusi DUN Paloh ini.
Ada banyak faktor. Tapi walau apapun, saya terima dengan redha dan lapang dada.
Saya ambil kesempatan ni, nak ucapkan terima kasih pada semua pendokong, penyokong dan mereka yang setia dengan perjuangan kita di Paloh sehingga ke saat akhir.
Saya ingin ucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah tunaikan kewajipan anda semalam. Terima kasih juga kepada pengundi2 yang pulang dari luar Johor kerana telah berkorban masa dan tenaga.
Saya faham, kita telah melalui pahit manis ini bersama. Kita semua ibarat satu keluarga. Seperti selalu saya katakan, saya tak anggap diri saya sebagai 'seorang YB' sepanjang berkhidmat untuk Paloh. Saya adalah sebahagian dari anda semua, keluarga besar #PalohKita.
Ramai yang menelefon saya sejak malam tadi, menyatakan rasa hiba dan sedikit kecewa. Tak kurang juga yang menangis... sedih katanya.
Saudara, its ok... We have put up a very good fight and we will continue this fight. And im very sure, we will be back stronger, insyaAllah...
Terima kasih ibu ayah, anak isteri dan seluruh ahli keluarga yang sentiasa bersama saya saat susah dan senang.
Terima kasih juga kepada rakan2 pimpinan serta ahli parti dari luar Johor yang turun berkampung di Paloh untuk membantu saya dan seluruh jentera pilihan raya disini. Tuhan sahaja layak membalas jasa kalian.
Saya rehat sekejap sehari dua ni. Luang masa dengan keluarga... dengan isteri dan anak2. Jangan kacau ya😅
Nanti kita jumpa balik. Kita sembang2 sambil minum kopi sama2...😊

No comments: