WALAU APA SEKALI PUN, ANWAR MASIH DIPERLUKAN DALAM PKR SENDIRI , SEHIGGALAH ADA YANG SESUAI MENGGANTIKAN BELIAU

 

Nasib Anwar ‘menghitung hari’, kata penganalisis





facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, yang juga Presiden PKR,
 berkempen di Bukit Batu untuk calon PKR, Arthur Chiong. (Gambar
 Facebook)

PETALING JAYA: Penampilan buruk Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor berkemungkinan menandakan pengakhiran kerjaya politik Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, menurut penganalisis.

Felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, hari-hari Anwar “sudah terhitung” selepas PH hanya berjaya memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus melemahkan pengaruh gabungan itu di Johor.

“Kekalahan di Johor lebih teruk kerana PRN Melaka dan Sarawak sepatutnya menjadi titik tolak untuk PH mengkaji apakah yang silap sekali gus mengambil langkah memperkemaskan strategi mereka, tetapi itu tidak pernah berlaku,” katanya kepada FMT.

PH hanya memenangi dua daripada 82 kerusi pada PRN Sarawak pada Dis, sebulan selepas gabungan itu hanya memenangi lima daripada 28 kerusi pada PRN Melaka.

Sambil menyifatkan prestasi PH pada PRN Melaka sebagai “bencana” dan pencapaian mereka pada PRN Sarawak sebagai “malapetaka” Azmi berkata, PRN Johor adalah kedua-duanya sekali, iaitu “bencana dan malapetaka” bagi gabungan yang pernah memerintah negara itu.

Daripada 12 kerusi yang dimenangi PH di Johor, hanya satu dimenangi PKR atas tiket sendiri apabila calon parti itu, Arthur Chiong, menang di kerusi Bukit Batu dengan majoriti tipis 137 undi mengatasi S Suppayah daripada Barisan Nasional (BN).

“Berdasarkan keputusan PRN Johor, PH kini perlu memutuskan siapakah yang akan memimpin mereka pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau pasti Pejuang dan Warisan tidak akan menerima Anwar sebagai ketua pembangkang dan dilantik perdana menteri jika parti-parti itu menyertai PH untuk membentuk barisan pembangkang.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, PH perlu menggantikan Anwar sebagai ketua jika ia mahukan peluang untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Anwar telah melakukan terlalu banyak kesilapan politik dan Johor adalah yang terbaharu dalam beberapa siri kesilapan yang dia lakukan,” kata Chin kepada FMT.

Chin juga menekankan keengganan dalam kalangan kepimpinan PKR untuk mendesak seseorang menggantikan Anwar, selain menambah bahawa ini menunjukkan struktur parti itu “sangat sukar untuk menyingkirkan Anwar.”

“Pemimpin itu sendiri perlu membuat keputusan untuk berundur,” kata Chin. “Jika tidak, tiada siapa boleh menolaknya keluar daripada parti.”

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, beliau tidak nampak calon yang berdaya saing untuk mengetuai gerakan pembangkang menuju PRU15.

Dengan Warisan yang menunjukkan prestasi lebih buruk daripada PH dalam PRN Johor, Oh juga berkata, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman “terlalu baharu” untuk memegang tampuk pimpinan.

“Nampaknya tidak ada sesiapa dalam PKR, dalam PH, malah lebih luas lagi dalam pembangkang yang boleh mengambil alih daripada Anwar dengan berjaya,” kata Oh.

“Seperti yang dibuktikan dengan keputusan PRN Johor, seluruh blok pembangkang sememangnya berada dalam dilema sekarang.”

No comments: