Perbicaraan Roger Ng di Amerika: Apa rakyat perlu tahu? Bhg 1


 By / February 28, 2022

Dalam kes perbicaraan Roger Ng – mantan kakitangan bank pelaburan (the investment bank) yang terkenal iaitu Goldman Sachs (2005-2014), dia telah didakwa di mahkamah di Amerika Syarikat (di New York) atas pertuduhan jenayah berkonspirasi untuk penggubahan wang haram dan juga tuduhan melanggar undang-undang anti rasuah.

Secara mudah, Roger Ng adalah mantan ketua perbankan pelaburan (investment banking) Goldman Sachs di Malaysia.

Pada masa itu, boss kepada Roger Ng adalah Tim Leissner yang juga mantan ketua Goldman Sachs bagi Unit Asia Tenggara.

Dalam kes yang Roger Ng sedang dibicarakan sekarang, pendakwaraya, antaranya, telah memanggil mantan boss dia-Tim Leisnner- sebagai saksi utama mereka

Dalam bahasa perundangan, bolehlah dikatakan saksi Tim Leissner tersebut adalah saksi utama atau saksi bintang utama ( the star witness ).

Untuk rekod, saksi Tim Leisnner itu telah pun mengaku salah sebelum ini -pada tahun 2018- atas tuduhan jenayah yang sama seperti yang Roger Ng hadapi sekarang.

Jika kita ikuti perbicaraan Roger Ng yang sedang berlangsung sekarang ini, antara lain, pendakwa dedahkan bahawa Roger Ng telah terima wang rasuah/haram ( kickbacks ) sebanyak $35juta di atas peranan dia dalam skim tersebut.

Mungkin ada yang bertanya apa kaitan dia terima rasuah $35 juta itu dengan kita semua-rakyat Malaysia ?

Rileks dan tarik nafas dalam dalam dulu adik kakak.

Duit $35 juta itu, kata pendakwa, datang dari 1MDB -syarikat di negara ini yang ada kaitan dengan YB Pekan iaitu mantan PM dan Presiden Umno dan parti Umno pula sekarang ini sedang bertanding dalam PRN Johor dan YB Pekan juga sedang aktif turun berkempen !

Saya kongsi sikit ya apa yang saksi Tim Leisnner itu berkata semasa dia beri keterangan di mahkamah Amerika itu .

Antaranya, dia kata “suapan dan rasuah/wang haram lah yang menyebabkan segala urusan yang mereka lakukan dalam urusan 1MDB itu boleh atau berjaya dilakukan !

InsyaAllah bersambung…

No comments: