DIBAWAH HADI AWANG . PAS DIHINA UMNO KAW KAW

 


PAS terbawa-bawa perangai poligami, sindir Nur Jazlan berkait kerjasama MN



Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed turut memberikan bayangan kerjasama MN hanya tinggal ‘jasad namun jiwa sudah mati’ susulan tindakan PAS bertanding di bawah PN melawan BN. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS disindir seolah terbawa-bawa perangai poligami ke dalam politik setelah cuba berdolak dalih mengenai hubungan kerjasama Muafakat Nasional antara parti itu dan Umno.

Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed mendakwa PAS hanya mahu menjalinkan hubungan dengan pihak berkepentingan dan mampu memberikan habuan.

“PAS tu terbawa-bawa perangai poligami ke dalam politik, mereka tengok apa (kepentingan) dia dapat.

“Dia (PAS) dah nampak PN tengah nazak sebab itu dia kata dia masih nak buka perhubungan dengan BN dan Umno,” katanya kepada FMT.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata arah tuju MN yang membabitkan gagasan kerjasama penyatuan ummah antara parti itu dengan Umno akan dinilai semula selepas selesainya PRN Johor pada 12 Mac ini.

Menurut Tuan Ibrahim, persaingan di antara PAS yang bertanding atas tiket PN manakala Umno mewakili BN belum menjadi penamat kepada hubungan di antara dua parti itu dalam MN.

Tuan Ibrahim turut percaya MN yang dimeterai di antara dua parti itu pada September 2019, masih wujud dan belum ada batu nisannya.

Mengulas perkara itu, Nur Jazlan turut memberikan bayangan kerjasama MN hanya tinggal “jasad namun jiwa dah mati” susulan tindakan PAS bertanding di bawah PN melawan BN.

Menurutnya, PAS seakan-akan berdolak dalih apabila kepimpinan PAS sendiri memberi pendirian berbeza mengenai kerjasama MN.

“PAS pun berdolak dalih. Presiden PAS Abdul Hadi Awang kata dah putus hubungan tapi Tuan Ibrahim kata lain,” katanya.

Menurut Nur Jazlan lagi, hubungan antara kedua-dua parti itu akan dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU)16 Mac ini.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin ketika diminta mengulas perkara sama berkata Umno sedang menumpukan sepenuhnya kepada PRN Johor dan tidak memikirkan soal kerjasama tersebut.

“Sekarang kita tumpu PRN Johor, tak berfikir pun soal MN. BN akan bekerja keras untuk menang,” katanya.