Baru sekejap tadi telefon isteri aku. Bercerita pasal anak-anak.
Sekali isteri aku beritahu yuran untuk 3 anak aku yang bersekolah rendah saja
sudah mencecah RM800.
Tersentak sekejap aku. Kenapa mahal sangat? Itu baru 3 orang.
Aku ada lagi 3 orang anak di sekolah menengah. Nampak macam cecah RM1,500 juga
kalau begini.
Rupanya yuran sekolah agama mereka bertiga saja dah lebih RM500.
Mana tidaknya. Yuran PIBG je dah RM170. Anak pertama RM70 dan RM50 seorang
untuk yang berikutnya.
Aku pun tak faham untuk apa yuran PIBG di sekolah agama ni.
Dahlah mahal dari sekolah kebangsaan. Sedangkan sekolah pun cuma sejam setengah
ke tiga jam sehari.
Tambah dengan keadaan pasca Covid ni, sekolah cuma dua ke tiga
hari saja seminggu. Kutip yuran PIBG mahal-mahal untuk apa sebenarnya?
Fikiran aku tersorot pada keluarga B40. Bagaimana agaknya mereka
nak jelaskan yuran semahal itu? Yang pendapatan tak lebih RM1,200 sebulan, nak
bayar macamana?
Aku tak pasti kalau cuma sekolah anak aku atau semua sekolah
agama yurannya begitu. Yang aku diberitahu, yuran PIBG ditetapkan oleh Jabatan
Agama. Betul ke?
Soalnya kenapa kena bayar? Perlukah yuran PIBG ini? Kenapa
kerajaan negeri tak tanggung? Rakyat bukan macam pemain dan jurulatih pasukan
JDT yang gajinya puluhan malah ratusan ribu sebulan.
Mana pergi duit zakat? Ke manakah wang zakat dibelanjakan? Ramai
sangat orang miskin di negeri ini sampai wang zakat tak cukup? Bukan anak yang
belajar agama dikira asnaf?
Asnaf fi Sabilillah ni bukan belajar luar negara saja. Asalkan
belajar. Bukan mesti anak orang miskin saja. Jadi bagaimana duit zakat itu
dibelanjakan? Pelik juga aku.
Kalau tak kira duit zakat pun, aku tetap pelik apa perlunya
dikutip yuran PIBG yang sebegitu tinggi? Inikah yang dikatakan pemerintah yang
pentingkan rakyat?
Aku beritahu isteri aku, jangan bayar yuran PIBG. Masalah
berlaku bila orang macam aku bayar. Jadi yang tak mampu pun terpaksa usahakan
untuk bayar.
Tapi kalau semua rakyat sepakat tak mahu bayar, apa agaknya yang
sekolah atau Jabatan Agama mahu lakukan. Menarik untuk dilihat. Guane boh?