ZAFRUL DIKATAKAN CEO CIMB YANG MELULUSKAN PINJAMAN TANPA CAGARAN KEPADA GENTING HONG KONG ??SILA JAWAB...

 

Kamukah Zafrul CEO CIMB yang luluskan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong?. Zafrul kata bank boleh luluskan pinjaman tanpa cagaran. Dan dia kata pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat Genting Hong Kong yang bankrap itu telah dibuat sebelum wabak COVID-19.

Menurut kenyataan media syarikat Genting Hong Kong pada tahun 2012, pinjaman yang dibuat pada tahun 2012 adalah pinjaman bercagaran (secured loan) untuk tempoh 7 tahun (sehingga tahun 2019).

Kamukah Zafrul CEO CIMB yang luluskan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong?

Yang menjadi isu adalah pinjaman tanpa cagaran dan bukannya pinjaman bercagaran di atas. Sebab apabila syarikat ini bankrap, dengan ketiadaan cagaran, amat sukar untuk bank dapatkan semula pinjaman atau pelaburan mereka dari syarikat yang bankrap itu.

Memandangkan pinjaman yang dibuat sehingga tahun 2019 adalah bercagaran, oleh itu, pinjaman tanpa cagaran yang bermasalah dibuat pada atau selepas tahun 2019 lah kan, Zafrul? Masa itu kamu sebagai CEO CIMB yang luluskanlah, kan? Jawablah.